Rabu, 28 April 2010

SAUDARA MARA, KEKAYAAN DAN AMAL PERBUATAN

Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"

Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

Kelebihan Ayat Kursi

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR




Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
"Ia mengeluh, Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga." " Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

Wallahua'lam...semoga kita dapat amalkannya tiap-tiap hari sebelum tidur...

21 Pesanan Isteri Untuk Suami

Ni aku copy paste dari blog HowTo.Com... Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat, terutamanya orang laki...

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak
peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.
Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra,
tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan
pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada
lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan
rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai
ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah
kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu
diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan
cubalah amalkan setakat yang termampu...

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok
kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan
macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa
boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan
perempuan kedekut!).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri
anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya
laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,
anda juga yang rugi!

Semoga para suami semua berlapang dada dan dengan hati
yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga kita
dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.



Tips Untuk Jadi Suami Romantik

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan perempuan saya, apakah ciri yang ada
pada lelaki yang paling disukainya?
Lantas dengan spontan dia jawab, “ROMANTIK“. Menurutnya lelaki yang romantik
biasanya lebih mudah bertolak ansur dan lebih penyayang.
Betul ker begitu? Anda bersetuju dengan kenyataannya?
Hmmm…bagi saya yang kurang romantik ini, pastinya agak kurang bersetuju. Namun,
saya terpaksa akui, ada benarnya juga.
Apa2pun, sikap ROMANTIK seorang suami pada isterinya adalah sangat digalakkan
dalam Islam. Romantik menyuburkan kasih sayang.
Suami yang tidak romantik, sebenarnya boleh belajar jadi romantik.

Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah
manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh
diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.
Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah ;

1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada
setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami
semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum
tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”.
Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si
isteri dan si suami.

2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri
anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan
kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih
bertenaga dan bersemangat.

3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik. Setiap
perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar.
Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif
dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan
menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4. Panggi isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh
menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling”
dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.

5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau.
Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.

6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai
diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi
bila dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri
ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish
ish...

Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh sang suami dalam membentuk diri
menjadi suami yang lebih romantik. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh
dilakukan, namun cukuplah dulu 6 perkara ini. Yang penting, amalkan. Bukan hanya
sekadar baca sebagai rekreasi minda.
Sekian.


Isnin, 26 April 2010

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali

Sabda Rasulullah SAW :

Wahai Ali !
1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.

2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.

3) Bersedekahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedekah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedekahnya.

4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyesalan.

5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

6) Wahai Ali !
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidak ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi orang yang tidak ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya

7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.

8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.

9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan

11) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri

12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram

13) Wahai Ali !
Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu :
1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah

14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci kepada nafsunya
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah

15) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :
1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya

16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :
1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah

17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya

18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah

19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :
1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya

20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :
1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah

21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :
1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.

22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.

23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :
1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran
7) memuliakan anak yatim

Selasa, 20 April 2010

NABI ISA a.s. DENGAN ORANG MABUK CINTA

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

MANDILAH...

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wallahualam

Isnin, 19 April 2010

Tanda-tanda Kematian


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri . Wallahua'lam...

LAKI vs PEMPUAN

Banyak Untung kalau Kenal Lelaki

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan
tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang
dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan
anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan
begitu untuk meraih simpati.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama
getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.
Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang
tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat
memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum
mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah,
cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza
wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau
lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula
jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan
anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang
ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk
kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurn akan lengkap-melengkapi. Semua
kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan
dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda
para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan
cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau
sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula
mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan
keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat
menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa
yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua
pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia
yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama
daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan
apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta
maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi
arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri
dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di
hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita
namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma
mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran
anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.
Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya
katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?



Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki
yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi
Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan.
Perempuan yang gagah adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada
Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...







Sekadar Hiburan...

Pesakit Jiwa dan Pilot
Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di
pandunya.
Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.
Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg
melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia
tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu
kawan2nya supaya berhenti bermain.
5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot
memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa
semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama
kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya
..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!

*************************************************************************************

KisaH PeNgEmIs Dan PeLaJaR UniVerSiTy
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat
berapa
pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....
*Hampehhhhhh..!!!!*

*************************************************************************************

Malang Si Nenek
"Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.
Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis
meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tibatiba
muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong
dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange
dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia
teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau
membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui
oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang
berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang
terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkokbongkok
macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua,
bagaimana kamu lakukannya?"
Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan
orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula
sedut sampai airnya kering."

*************************************************************************************

Zaman berkembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat
sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki
yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,”
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada
lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang
kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata
jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di
Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi
berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

*************************************************************************************

Isteriku Liza...
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan
pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari
ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi
meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke
kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah
abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk
cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam
hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai
ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang
sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung
nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20
Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong
bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza
tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak
ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan
Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal
emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahumahunya
di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak,
Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri!
Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!
Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Malu beb!!
Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi
Dipetik dari majalah UJANG.....

*************************************************************************************

Jelingan ayah...
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh
letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

*************************************************************************************

Jokes for the day to make you laugh...

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

*************************************************************************************

Loghat mana lebih munasabah?


Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan
loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ
didapati emaknya tiada."
Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."
KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak
ada memang munasabahlah!

*************************************************************************************

Kisah Kasih Suami Pada Isteri
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat
tumbuh......"

*************************************************************************************

Don't Worry
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY”

*************************************************************************************

3 Sekawan
3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak
ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di
rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah
KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah
pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak
kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari
kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada
ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang
lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun
berkata..
KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik
kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

*************************************************************************************

Cik Tina
Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan
menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik
Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok
beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

*************************************************************************************

Mamak oh Mamak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tibatiba
Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: ?????????????

*************************************************************************************

Jangan Menyampuk
Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba
perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.
Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah
macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak
ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak
beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata,
"Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

*************************************************************************************
Burung Kakak Tua
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta
lagunya.

*************************************************************************************

Tidak akan di hukum
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu
semalam.

*************************************************************************************

Presiden Vs Menteri
Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden.
Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden
marah benar kepadanya.
"Kemana kamu pergi?" hardik Presiden, "Sudah 2 jam saya menunggu."
"Saya mengaku salah," kata Menteri. "Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan
tahukah tuan Presiden, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2
jam."
Presiden menumbuk meja dengan marahnya. "Tolol...!" teriaknya. "Jadi
maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?"
"Betul , tuan Presiden."
"Tolol dan begong !!" teriak Presiden lagi lebih keras. "Mengapa kamu tidak
duduk saja??"

*************************************************************************************

I'm sorry
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar
seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh
pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "

*************************************************************************************

Kejadian Seram di Wad ICU
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami
kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal
pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan
mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor
memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia
untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang
pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tibatiba......
Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah....
Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari
jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut
soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan
menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...

*************************************************************************************

Jam Dinding
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh
pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya
ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu
rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah
barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan
jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu
telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman
rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun
menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek
jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut
dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat
bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak
buahnya.
"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

*************************************************************************************

Nenek Ani
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin
teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak
bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya
memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak
Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak
boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat
nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada
digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut
kepada Pak Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa
membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat
tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada
hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang
kerumah Ani.
Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini
ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan,
yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama
membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

*************************************************************************************

Betul atau Salah
Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau
SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya
menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan
melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali
kedua.
Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya,
"Apa yang kamu buat tu?" Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

*************************************************************************************

Saksi
Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian
mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak
memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi
lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja
lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"

*************************************************************************************

Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan
berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar
enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri
engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya,
padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah
milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

*************************************************************************************

Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek
sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,
encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian
sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata
lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus
membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang
tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di
depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika
membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH
CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

*************************************************************************************

Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan
Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya
sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali
Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi,
jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa
yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan
anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

*************************************************************************************

Ada Ape Encik?
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari
motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang
mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu
berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

*************************************************************************************

Pening
Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang
mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah
adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri
Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya.
Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua
kepada
Bapak Mertuanya.
Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah
melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak
kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu
kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak
seberapa lagi.
Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang
Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada
Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar
Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar
kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul
adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo
nennooo..neenooo..nenoooo..
phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening
menterjemahkan
semua nih!!

*************************************************************************************

Kali Pertama
Malam itu bulan mengambang penuh
Sejuk dan sunyi
Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan
Namun jantungku berdebar kencang
Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya
Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau
Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku
Malam sudah hampir subuh
Aku masih terpaku lagi
Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku
Orang lain semua masih tidur
Kata orang inilah masa yang paling sesuai
Sebelum subuh
Sebelum matahari terbit
Ahhhhhhhhh!!
Aku lelaki
Aku mesti boleh melakukannya
Mesti mesti mesti
Ku beranikan diri
Ku pandang saja
Dia diam saja
Ku renung matanya
Dia masih diam
Aku tahu dia menunggu aku
Akulah yang mesti melakukan
Mesti mesti mesti
Denyutan jantungku bertambah kencang
Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi
Ku pandang punggungnya yang bulat
?besar? terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...

*************************************************************************************

Selalu Terbangun
Mike pergi berjumpa seorang doktor kerana mengalami masalah susah tidur. Dia
sudah mencuba berbagai ubat tidur.. tetapi tetap susah untuk tidor..
"Mungkin perubatan tradisional akan berhasil" kata doktor.
"Sebelum tidur cubalah mengira dari angka satu, dua, tiga.. sampai akhirnya
anda tertidur...
Seminggu kemudian Mike kembali berjumpa doktor itu..
"Nampaknya anda sudah lebih segar dan sihat.. apakah cara itu berhasil..?"
tanya doktor.
"Sebenarnya hampir berhasil.. pada bilangan ke tujuh saya sudah mula
mengantuk.. tapi pada bilangan kedelapan saya akan terbangun kembali" jawab
Mike.
Doktor kehairan..
"Mengapa Mike.. awak ada masalah besar ke?!!?"
"Ya, kerana saya adalah seorang peninju !"

*************************************************************************************

Diam
Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor.
Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal
kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya
yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botolbotol
ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si
ibu tadi.
"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap
awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budakbudak."
"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor
tersebut dengan sinis."

*************************************************************************************

Suami Terbaik
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi
mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran
deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap
panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang
tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang
beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle &
Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model
tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good
price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas
tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi
tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang
kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah
yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang,
berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba
dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love
You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat
tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik
tersebut :
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

*************************************************************************************

Janda 18 tahun
Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia
Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu
hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari
pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya
lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau
kekawannya ada calon yg sesuai.
Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa
dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh
gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn.
Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.
"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.
"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!"
kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau
bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.
"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..
tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu
dengan gembira bila memikirkan janji Amat.
"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada
Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana
dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat.
Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan
Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya
berisi wang RM500 pemberian Amat.
Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri
barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut
meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat
dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang
dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput
untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air
sembahyang.
Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang
layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh
menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak
pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu
mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini
dibayangkan seorang janda muda 18thn.
"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang
ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. "
Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.
"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.
"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.
"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda
18thn!!!"
"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

*************************************************************************************

Lawak Pak Pandir
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......
=========================================================
Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat..... Dia pun bertanya
kepada penjual...
Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya??
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu....
Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya....
Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam...
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang
sejuk.
Pengurus : Oh... jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.
==============================================================
Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah
membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan
salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...
==============================================================
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa
lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di
talipon ini..
==============================================================
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem.....

*************************************************************************************

Dengan Penuh Senyuman
Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan
sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan
rela hati...
"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran
persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.
Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..
"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar
dengan wang..."

*************************************************************************************

Sedut
Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian
telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil
menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang
paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai
pemenang.
Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau
dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta
yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai
pertandingan.
Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp
.... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua
penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta
pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",
Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan.
Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang....
semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua
berhasil menyedut 3 buah meja...!!",
Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo
kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa
biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil
tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium
menjadi gelap dan lampu mati.
Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata :
"Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut
sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"

*************************************************************************************

Tregedi di bulan Puasa
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...
Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab
berjaya
menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

*************************************************************************************

Jangan Minum dan Memandu
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen
at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari
party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul
mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and
asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time
tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah
accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.
So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off
back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning
polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA
MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN
HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)
cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.
Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

*************************************************************************************

Masalah JAM!
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki
keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang
duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda
bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa
pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar
dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang
pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi
pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa
sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan
mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,
tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini
soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu
mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya
kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis
dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun
bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya
lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia
mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah
saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi
rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.
Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia
bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang
pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,
"Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN
TAKDERRR!"

*************************************************************************************

Penerbangan
Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia.
"Ini Kapten Kamal berbicara".
"Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan
selamat menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor
penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia".
"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".
"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap,
maka anda akan
melihat bahwa kedua mesin sedang terbakar"
"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat
bahagian ekor sudah mulai tercabut"
"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat
kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"
"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang
pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya.”

*************************************************************************************

Taulah akibatnya
"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi
grahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum
suntikan.
Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong
jangan suntik, saya takut!".
Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat
penenang untuk
diminum agar rasa takutnya berkurang.
Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".
Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang
menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."

*************************************************************************************

Lawak Gangster
Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang
perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada
pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.
Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat
rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orangorangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat
berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa
isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut
menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman
permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang
itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

*************************************************************************************

MALAS KE SEKOLAH
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab
mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak
suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun
sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim
mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim
sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

*************************************************************************************

Bilik Mayat
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat
punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia
bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki
kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg
ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

*************************************************************************************

Bijak! Bijak!
Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya
seekor
ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu
bersuara,
"Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi
hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan,
suami puan
akan mendapat 10 kali ganda.
Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.
Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung
itu.
Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.
Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.
Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah
Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.
"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.
"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati.

*************************************************************************************

Terlambat sebulan
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya..........."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"
???????????????????.....................

*************************************************************************************

Dah masuk lapan bulan ni...
Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar
hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...
Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya
tentang sewa yang ingin dibayarnya...
"Berapa bulan, Puan...?"
Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.
"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.

*************************************************************************************

Muntah-muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau
dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.
Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.
Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.
Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.
Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

*************************************************************************************

Hadiah Birthday
Oleh kerana 'birthday'nya yg semakin dekat tapi suaminya buat tak tau je,
suatu hari Bedah
pun bertanya pada suaminya.
"Bang, bang tak tau ke birthday saya dah dekat ni? Abang tak nak belikan apaapa
ke?"
"Dah dekat ke? Ooo... tak tau pulak", jawab suaminya dengan selamba.
"Ala bang bagi la something, tak beli barang kemas pun tak apa, beli barangan
eletrik pun jadi la."
Tak tahan dengan leteran isterinya maka mamat pun mengalah", yelah-yelah,
nanti abang belikan barangan eletrik yg paling special, khas untuk Bedah
sorang."
"Ye ke bang? eiii...syoknya!!! Abang nak beli apa utk saya? Televisyen?
Microwave? Kipas angin letrik? Periuk karan?" tanya bedah dengan excitednya.
"Bukan, semua salah," jawab suaminya.
"Abih tu bang, apa bendanya?" tanya isterinya.
Maka dengan selamba suaminya pun menjawab..."Kerusi".

*************************************************************************************

Suami Isteri
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "
...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...
" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

*************************************************************************************

Kurang ajar!
Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk
diperdengarkan tuduhan.
"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata
hakim.
Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"
"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.
Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...
"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual
akhbar dengan
menggunakan pisau..!"
"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.
"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.
"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen
dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.
"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.
Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini..
saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina
mahkahmah!"
"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam
gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

*************************************************************************************

Suami Kedekut
Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya
seorang yang kedekut.
Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah
cermin.
"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam
cermin...
"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"
Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya
kepada isterinya,
"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"
Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun
menanggalkan semua
pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..
"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam
cermin...
"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan
penjual satey ini !

*************************************************************************************

Anjing yang pandai berenang
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju
ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun
training habis-habisan,
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B
sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B
kata,"Ala...releks le,
aku ni kan anjing laut."

*************************************************************************************

Racun
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang
nyawa.
Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah
dan tangisan
air mata keluar dari matanya.
Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai
berkata secara perlahan.
"Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan
kakakmu,
teman baikmu, dan ibumu."
"Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..."

*************************************************************************************

Dua Sahabat
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan
minuman ringan.
Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan
mula untuk makan.
Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan
seraya berkata,
"Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!"...
Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar
sandwich masing-masing...

*************************************************************************************

Ali Yang Mengamuk
Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat
kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak
ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali
ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la
yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....
Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun,
semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak
balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun
kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape
lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.
Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun
berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan
cepat !!!! "
Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana tau..dalam
slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak
puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesapa yang
curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macammana
yang bapak aku buat tau !!!"
Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar
dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.
Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak
telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat.
Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur
Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang
bapak engko lakukan?"
Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu...Ali pun
menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia
pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.

*************************************************************************************

Tidak ada jerung
Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique,
saya bertanya kepada seorang budak laki-laki yang sedang asyik memancing
apakah ada jerung di sungai tersebut.
Anak itu menjawab: "Tidak!"
Kemudian saya dan teman saya terjun ke sungai dan mulai berenang. Tapi
saya kurang percaya, maka setelah beberapa menit saya kembali bertanya
untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu.
Ia menjawab: "Tidak ada jerung! Karana jerungnya takut dengan buaya yang
ada
di sini!!!"

*************************************************************************************

Burung Kakak Tua
Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua
sebagai kenangan.
Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"
Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??
Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan
burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan
mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...
Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"
Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

*************************************************************************************

Salah pukul orang
Seorang wanita telah membelasah seorang pencuri yang memasuki rumahnya.
Si pencuri terpaksa di rawat di hospital untuk beberapa hari kerana keadaannya
yang mengerikan. Setelah meminta penjelasan, ketua polis dengan penuh
kekaguman
memuji kehebatan wanita itu.
Polis : " Ia mesti dirawat di hospital sekurang-kurangnya tiga minggu.
Mudah-mudahan dia sembuh. "
Tapi wanita tersebut kelihatan seakan-akan memikul beban yang amat berat.
Dia menarik nafas dalam-dalam.
Wanita : " Saya sama sekali tidak bermaksud menyakitinya, apalagi sampai
separah itu. Hal itu karena kekeliruan semata-mata, encik. "
" Kekeliruan ? ! " tanya Ketua Polis terkejut.
Wanita : " Ya, kekeliruan ! Tatkala ia berusaha masuk rumah melalui jendela
dapur saya sangka dia suami saya yang baru pulang dari bar. "

*************************************************************************************

Maaf Tuan!
Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang
berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang
penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak
kena sasaran.
"Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???",
sergah Kapten pasukan.
"Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu.
"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau
tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!"
Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka
selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi
tuan!!!".
Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni
baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau
sekarang jugakkk!!"
Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek.
Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak
tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.
"Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"

*************************************************************************************

2 Sahabat
Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan
yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan
orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di
rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif
berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling
kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam
kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si
Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak
lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si
Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat
membawanye ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira
pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada
dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik,
awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara
kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak
kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk
awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang
dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka
selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi
saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

*************************************************************************************

2 Gadis Dikejar Perogol
Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya.
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang ke kanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.
M : Dan... dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap...
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..
M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...
M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

*************************************************************************************

Spesel
Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja..
tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia.
Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya,
tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.
Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu
peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana
lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..
O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial
satu.
Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?
O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..
Mat : Ooooo....siap Boss.
Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00
ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..
O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.
Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?
O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya
taste...
Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...
Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun
terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah,
dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh
tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by'
saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi,
dia pun panggil pembantu dia lagi...
O.K.B : Mattt !!!....
Mat : Yaaaa..Boss,
O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?
O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek
yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.
Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !
Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi,
Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun
pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar
bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima
minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara
yang kuat dari dalam bilik..
O.K.B : MATTTT !!!!...
Mat : Ada apa Boss...
O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?
Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu
kata yang spesial tu mesti telog dua...
O.K.B : ..????????????????????????

*************************************************************************************

LAMPU SULUH
Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.
Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih.
Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.
"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang.
Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan
tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.
"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.
Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).
"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor
"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.
"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.
"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.
"Ye laaa" jawab Doktor.
"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad
"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.
Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.
"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.
"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.
"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba
"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.
"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

*************************************************************************************

Aku salah...
Sorang wartawan terkenal begitu keras kepala dan mengaku ianya betul dalam
segala hal.
"Kau selalu menyangka bahawa kau benar," tegur bosnya.
"Padahal kau juga pernah salah bukan?"
"Memang," sahut si wartawan.
"Pernah sekali saya membuat salah."
"Nah! kau mengaku juga akhirnya" balas Bosnya dengan gembira.
"Bila itu?" tanya Bosnya lagi..
"Sudah lama.." Jawab wartawan, "iaitu ketika saya menyangka bahawa saya
salah... dan ternyata saya benar..."

*************************************************************************************

Made In Japan
Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk
ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan
perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang
sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga
dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang
teksinya..
"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.
"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.
"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi
tersebut dengan selambanya.

*************************************************************************************

Jaga kau Harun
Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."
Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."
"Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela
menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.
"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."

*************************************************************************************

Bahaya Kahwin dengan Programmer
Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang
"programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda
menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang
mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER
setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang
saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi
dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya
pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari
saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je
hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus.”

*************************************************************************************

Dinding
Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah
seorang pesakitnya. Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada
sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari
dan diperhatikan oleh doktor berkenaan.
Akhirnya pada suatu hari, si doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari
oleh si pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke
dinding... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa. Dia berpaling kepada si pesakit
dan berkata "Tak dengar apa-apa pun".
"Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit"

*************************************************************************************

Think 1st b4 speaking to ur wife
* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.
* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...
* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

*************************************************************************************

MaT pUnK
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil
menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di
sebelah si atok tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang
berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang
tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..
"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? Apakah dulu waktu muda pakcik
tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab, "Tentu saja pernah.
Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor
burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru... jangan2 kamu adalah anakku."

*************************************************************************************

Ketua Kampung
Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai.
Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror
malah plate nombor.
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar
Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang
berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang
anak buahnya.
'Tok, tumpang ke Pekan."
" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."
"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.
Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut
motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang.
Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat
perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan
jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan
mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan
bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang
dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus
mengejar beliau.
Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek
motorsikalnya.
"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang
kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni
kepale togel, kalau jatuh tak
ke kite mati." Marah Tok Batin.
"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."
"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang
lagi..."

*************************************************************************************

Tiga Lelaki Pakistan
Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan
Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah
membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka
bertiga.
"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu
tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.
Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah
di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan
menutup pintu
tandas tersebut.
Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk
memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di
buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor
mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan
bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.
Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki
India tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli
1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung
tidak membeli tiket!!!
"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu
tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.
"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga
lelaki Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran
bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.
Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan
menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India
tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket.
Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawankawannya
sedang menunggu.

*************************************************************************************

1 out of 10
Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..
Doktor : "Anda harus dibedah!"
Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"
Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti
ini."
Pesakit : "Apa???!!!"
Doktor : "Anda jangan takut."
Pesakit : "Kenapa?"
Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya
mati."

*************************************************************************************

Hanya sekadar hiburan...
Berape hari yang lepas, satu temuduge kenaikan pangkat telah dibuat oleh
salah sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah
duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah
tu) test suarelah pulak. Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade tige kawan
kite dari
terengganu telah dipilih untuk di temuduge.
Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ketige yang pertame. Ape
lagi berdebar-debarlah depa
orang ni. Kawan yang nombor satu mule la merungut. (bace ayat seterusnya
kene ikut loghat terengganu!)
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak
kawan yang kedue,
"Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."
Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan berlagak macho seraye
berkate "Mu nok takut bende
gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi
la jawap bende pun .
Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye
tukang interbiuw tu nok
makang mu".
"Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi". Tibe mase
yang ditunggu-tunggu,
make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit
kemudian, kawang yang
pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacan la kawan nombor
due ni dok tanye ape
soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.
"Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi". Kawan nombor
satu tadi pun jawap,
"Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi
se je yang aku ingak
die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk
Jamaluddin Jarjis".
Kawan nombor due pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name
tu.Guane nih awang.
Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die
tanye senang le sikit aku
nok jawak."
Pastu sampuk le pulak kawang nombor tige yang berlagak pandai ni, "Bak pe
yang mu jadi bodo
sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu
tulih situ. Mu tulih kat
getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit
spenda mu, mu buat-buat
la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".
Ape lagi kawang nombor due suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die
tak tak tahu yang
kawang die nombor tige tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nak sebut
macam mane.
Name kawan nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak
keluar-keluar lagi.
Kawan yang nombor tige dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi.
5 minit kemudian
keluar la kawan nombor due ni dengan muke tersenyum. Kawan no. 3 pun
tanye la, ape soalan
yang keluar, jawap la kawan no 2 ni, Susoh jugok soalang die tapi soalang
Pengerusi TNB tu aku
buleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku
selok tadi."
Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap
lah kawang no 2 tadi."
Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
Kawan no 3 pulak jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".
Ape lagi kelam kabut le kawan kite.
Tibe-tibe kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea. "Ape bende
yang susoh sangat ni.
Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Ape lagi bergegas la kawang-kawang
ni pegi toilet
untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu name kawan no 3 ni pun di
panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat
kawan kite ni masuk dalam bilk interbiuw tu.
Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan
muke kepelikkan.
Kawan-kawan die yang luar ni tanye la kenape keluar awal sangat. Die
menjawap, mase die jawap
ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal-pasal
semue ahli panel tergelak-gelak sampaikan ade yang mengalir-alir air mate tak
tahan sangat. Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli
panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap.Dengan confident die
bagitahu dengan kuat
dan lantang " Datuk Calvin Klien".
Rupe-rupenye mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang
sorang ni dah terpakai
terbalik rupenye yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name
Pengerusi TNB yang baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat
depan.
Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang lagi tu. Sebagai
pengajaran untuk anda semue
jangan la cube menipu mase interbiuw nanti.Tak berkat .

*************************************************************************************

Sorang je?
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling
di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah
itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri
hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah
padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah...
Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian
di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya
mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
"... Saya adalah penjaga gol!"

*************************************************************************************

Side A, Side B
Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital
untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang
beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang
sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana
datangnya arah suara itu.
Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah
bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang
pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.
Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan
terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil
menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi
sekarang meniarap pula?!"
Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak

*************************************************************************************

Malam pengantin
Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama
bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang
kawan, Abon.
"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering
kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."
"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."
"Ho oh."
"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan,
tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."
"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"
"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang
RM 25 kat aku!"

*************************************************************************************

Kentut
Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor
bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan
tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya
ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau
dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti
dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di
ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama
seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan
rasa tidak puas hatinya kepada doktor.
"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar
saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat
dahsyat", kata wanita itu.
"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan
deria pendengaran awak pula", kata doktor.

*************************************************************************************

Cerita ngeri
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis
nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya
saman
kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

*************************************************************************************

Bengang
Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPANSANTUN.
Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu
hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu
pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orang rakannya. Setelah dua hari
berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu
membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di
luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan.
(Semasa di dalam balai polis...)
BODOH : Selamat pagi, tuan.
POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?
BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.
POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa ??
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?
BODOH : Ada di luar, tuan.
POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??
BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?
POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)

*************************************************************************************

Materialistik
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya..
sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan
pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu
menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang
sudah kemek itu.
Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang
menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu.
Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik
engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan
tidak pentingkan benda lain"
"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..
"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"
"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..
"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

*************************************************************************************

Kunci Kereta
Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,
“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”
“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai
gunakan
penyangkut baju.”
Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita
gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik
kunci tingkap.”
“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”
“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun...
sunroof terbuka!!!”

*************************************************************************************

Prasejarah
Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung
pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah
berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng
yang sedang bertugas lalu bertanya,
Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Komeng menjawab
Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun,
sekarang saya dah empat
bulan lima hari kat sini.

*************************************************************************************

PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA
ANDA!

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula
menegang.
Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima
alasan
anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut.
Tetapi anda
dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk
mencari apa
yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin
dalam dia
menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan
melakukannya
dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia
merenung jauh ke dalam
mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi
dirinya.
Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda
mula merayu
agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan
perlahan agar
anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya
semakin anda
merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit
darah mengalir.
Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata
anda digenangi
dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus
melakukannya.
Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi
anda sudah mula
merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian
anda merasakan
sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan
wajah yang pucat.
Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda
adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya
tersenyum tawar dan
juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun
mengucapkanterima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

*************************************************************************************

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In
Singapore.cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.Ada
satu cerita,Pm Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam
dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang,pm
Singapore tanya Kat raja siam lepas makan udang ,apa orang
thailand buat Dengan kulit udang? Raja Siam jawab: ?kami tak
buat apa.kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore
,kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami
eksport ke Thailand?Lepas tu diorang makan limau plak.Pm
Singapore Tanya lagi ?Lepas makan limau, apa orang Thailand
buat dengan kulit limau?? Raja Siam jawab ?kami tak buat
apa,kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, kami
recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke
Thailand?Last sekali, diorang makan chewing gum.seperti biasa
pm Singapore pun Tanya ?apa orang Thailand buat dengan
chewing gum yang dah dimakan?? Raja Siam jawab ?kami tak
buat apa, kami!
buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, lepas makan
chewing gum, kami recycle Jadik kondom, lpeas tu kami
eksport ke Thailand? Raja Siam plak Tanya: ?apa orang
singapore buat dengan kondom selepas digunakan?? Pm
Singapore jawab: kami tak buat apa, kami buang aje.? Raja
Siam: ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik
chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore? Erk! muka
Pm Singapore jadik merah padam? dan sebaik
saja pm Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing
gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa
chewing gum di-ban kat
Singapore?

*************************************************************************************

Dialog Dua Hantu
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu
A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu
B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak,
sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat
nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta
aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta
kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap
diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak
carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku
penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart
attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya
dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu
B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita
berdua still hidup lagi.

*************************************************************************************

CERITA AYAM YANG MACHO
Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung
Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan
seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut
dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa
suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam
jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.
Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai
dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan
ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang
tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam
ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku,
kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam
ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan
kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang
boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim
salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat
pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya
beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil
tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta
untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam
jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang
mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda
ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku
beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"
NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH
ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

*************************************************************************************

Datang bulan
Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu
peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di
sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik
yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya "
Datang Bulan. "
Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah
sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik
tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan
terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung.
Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh
diri."

*************************************************************************************

Drakula"
Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.
Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya
akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.
Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan
kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.
Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.
Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

*************************************************************************************

Papa & Mama
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada
neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika
pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi
bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam.
Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan
nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi
saya bagi gam Super Glue..."

*************************************************************************************



Abang aku selalu buat
Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu
dgn lajunya...
setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu
merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke
lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".
Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic
light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi
bertambah cemas
gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu
aku nak
turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku
selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara
mengejut
mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu
traffic light tu Hijau"
nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu
jalan yang satu lagi..."

*************************************************************************************

Tersalah rendam...
Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang
juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit
petua.
Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum
bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.
Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi
lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan
oleh isteri kamu nanti.
Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.
Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan
membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.
Pemuda : Bagaimana caranya tok ?
Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh
setiap malam sehinggalah malam pertamamu.
Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok
bomoh pada setiap malam.
Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba
kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan
kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda
tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu
bertanya kepada pemuda tersebut.
Bomoh : Kenapa cepat sangat..?
Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil
saja...?
Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?
Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas
air teh.
Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?
Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

*************************************************************************************

Kisah tiga anak dara
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang
suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga
anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara
serentak.......
Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa
mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke
tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas
berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang
pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan
setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis
tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu
mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu
menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat
ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami
maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di
akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan
maksud yang ingin disampaikan.....
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka
yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered
Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank
rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua
orang tua tersebut....
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga
mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang
khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan
berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinanantinantikan,
suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya
mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat
untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat
khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali
sehari, tujuh hari seminggu..."

*************************************************************************************

Salah Tafsir
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada
hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

*************************************************************************************

Kisah tok batin
Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu
Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan
masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat
Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu.
Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka
dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari
kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan
dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada
suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu
diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu
lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)
Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat
hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada
seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah
syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....
"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.
Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia
kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia
naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.
"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org
asli dari cara dia berpakaian.
" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..",
jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak
lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.
Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK
dah sampai turun pelan-pelan.....!"
Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju...
terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun
mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu
dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"
Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku
naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr
aku.........!!"

*************************************************************************************

Sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah
jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak
haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana
menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktorpun
melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti
apakah dia telah pulih ataupun tidak.Doktor : Adakah
kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi
manusia.
Doktor : "??$$??"

*************************************************************************************

Banduan yang pintar
Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada
dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh
Merdeka).
Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam
jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak
mencangkul kebun jagung ini?"
Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan,
jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam
surat itu.
Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya
setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.
Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian
mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak
tulis surat ke anaknya.
"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari
senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan
sekarang?"
Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung
aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih
sama mereka."
Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.

*************************************************************************************

Ayam Panggang
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya
sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain
menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk,
ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah
makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...

*************************************************************************************

Paling Bersih
Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan
malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran
tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang
paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

*************************************************************************************

Masuk Penjara
Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan
Susan: "Min, kenapa kau sedih?"
Amin: "Ayahku masuk penjara."
Susan: "Kenapa?"
Amin: "Ayah pecahkan kaca tingkap..."
Susan: "Hah...pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?"
Amin: "Dia pecahkan tingkap kapal selam."
Susan: "Patut le..."
Kirimkan Berita Dengan Segera
Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah
Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya
iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan
beberapa lagi cedera parah..
Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada
dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan
berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya...
"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...
Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk
diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...
Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan...
bunyinya:
"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

*************************************************************************************

Nampaknya Puan Begitu sabar
Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah
di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli
yang ditolak oleh ibunya..
Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek
meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan
permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara
perlahan.. si ibu berkata
"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."
Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan..
anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya
tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus
menangis... Si ibu berkata..
"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"
Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan
menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis
dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar
berkata..
"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi..
Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesai.."
Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia
pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan
pujian....
"Sungguh Luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya.
Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily

*************************************************************************************

Tak Mati ke Kena bom?
Asan dan Sudin telah berjumpa dengan tiga ketul bom tangan... lalu mereka
memutuskan untuk menyerahkannya ke balai polis..
"Bagaimana jika salah satu dari bom ini meletup sebelum kita sampai ke balai?"
tanya Sudin
"Itu senang aje" jawab Asan..
"Kita tipu aja dengan mengatakan yang kita hanya berjumpa dua ketul..

*************************************************************************************

Pelupa
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

*************************************************************************************

Cinta Itu Buta?
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu
kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya.
Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta
tersebut.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan
memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.
Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti
habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan." Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.
Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna
yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,
kamu usapkan sudu ini di
ketiak kamu"
"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan
menyerahkan kembali kepada Amin.
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini....... boleh saya jumpa dia"
Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................

*************************************************************************************

Menu Restoran Itali
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang
sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi
mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di
restoran itu...
Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki
mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali..
dia memilih sembarangan...
"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata
lelaki tadi..
"Maaf.. encik" jawab waiter
"Itu nama pemilik restoran ini"

*************************************************************************************

Komunikasi
Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya...
"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah
kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat
peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan
berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka.
Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan
berkumpul di kantin saja."
Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua
Jabatan..
"Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada
gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di
padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian,
peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin
sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."
Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..
"Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa
gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas..
Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini
adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."
Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..
"Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari,
Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan
pagi."
Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..
"Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang
sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.
MORAL : Jgn pecaye sangat cakap-cakap orang,selalunya cerita2 yang dibawa orang ni 80 tak betul dari cerita asal...

*************************************************************************************

Kuliah
Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di
sebuah universiti.
Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan,
anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah
tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.
Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,
"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."
"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

*************************************************************************************

Tak Cukup Tinggi
Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah... sedang jalan-jalan di sekitar
ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja... dan ketika
malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan... kerana wang yang tinggal
amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa..
Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar
menginap satu malam.
Pemilik rumah tumpangan menjelaskan...
"Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di
tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40
semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."
Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan
meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik
rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang
semakin jauh itu..
"Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"
Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab...
"Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi"

*************************************************************************************

Anak yang Baik
Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah
pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....
Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"
Wanita 2: "Apakah dia merokok?"
Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"
Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"
Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"
Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"
Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam
keluarga"
Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa
usianya?"
Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

*************************************************************************************

Gosok Mata
Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu
hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor
burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk
untuk menyapu tahi itu.

*************************************************************************************

Akui Diri
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia
hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar
diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar:
Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang
berdiri!

*************************************************************************************

Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri
terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Sahrum.
Nazri: "Kenapa menangis?"
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong
jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"

*************************************************************************************

Murah
Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu
kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya
eksekutif pinjaman bank itu.
"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls
Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia
menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk
melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata
eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu
meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk
meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu."
jawabnya.

*************************************************************************************

"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya
dengan memegang pancing sambil merokok..
Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang
ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...
Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...
Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"
Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima""

*************************************************************************************

Lawak Blonde
Seorang gadis berambut perang memasuki sebuah kedai elektronik..
Gadis : "saya ingin membeli TV ini."
Penjual : "Sorry, barang ini tidak dijual untuk orang berambut perang."
Gadis berambut perang ini segera bergegas pulang dan terus menyembur
rambutnya. Lalu dia pergi semula ke kedai tadi dan berkata pd penjualnya..
Gadis : "Saya ingin membeli TV ini."
Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."
Gadis itu berfikir..
"Oh, dia masih boleh mengenaliku."
Lalu gadis ini melakukan perubahan 100% pada dirinya. Dia memotong
rambutnya dan mengecatnya dengan warna baru, memakai pakaian baru dan
kaca mata hitam besar. Gadis itu menunggu beberapa hari, lalu dia pergi
semula ke kedai tadi. Dia pergi ke penjual itu dan berkata,
Gadis : "Aku ingin membeli TV ini."
Penjual : "Sorry, tidak dijual untuk orang berambut perang."
Kerana kecewa.. gadis itu bertanya..
"Bagaimana kamu tahu yang aku berambut perang sebelum ini?"
Penjual itu menjawab..
"Kerana ini bukan TV tapi microwave."

*************************************************************************************

Lari Jauh
"Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"
Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."
Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"
Fendi : "Fuad dan saya"
Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

*************************************************************************************

Mana Satu
"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah
restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil
melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak
kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"
Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya
adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu
sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya
adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu
segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk
menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'..
lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'.
akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi
semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar
belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar',
orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau
yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa
itu...
"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti snda seorang sarjana ya?" tanya
Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

*************************************************************************************

Payung Abang
"Andi adalah seorang yang sangat pelupa. Setiap hari dia pergi ke pejabat
dengan membawa payung. Namun, dia pasti lupa membawa turun payungnya
dari bas..
Suatu hari isterinya mengingatkan dia untuk kesekian kalinya.
"Abang.. harga payung cukup mahal dan kita telah membelinya setiap hari,
ingatlah payung abang masa turun dari bas!"
Maka ketika andi hendak turun dari bas dia segera mengambil dan
membawanya pulang ke rumah. Dengan gembira ia menunjukkan payung
tersebut pada isterinya.
"Hari ni adalah yang istimewa bagi abang.. abang tidak lupa lagi membawa
pulang payung ini!"
Tapi isterinya berkata, "Abang.. hari ini kan abang tidak membawa payung ke
pejabat!"

*************************************************************************************

Pertandingan senjata tajam peringkat dunia.
Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke
peringkat akhir.
Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia.
Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan
membunuh seekor
lalat dengan menggunakan sebilah pedang.
Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang
dari Sepanyol
menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu
terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.
Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun
memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi
tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.
Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya,
mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi
'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi
menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh
dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan
salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan

*************************************************************************************

Pantun Raya
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

*************************************************************************************

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

*************************************************************************************

Kenapa Kamu Di Sini
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian
itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca
minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

*************************************************************************************

Kemalangan
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar
tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang
lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak
berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga..
masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk
menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian
tersebut..
Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki
tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak
wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang
sedang bertengkar.
"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar
dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...

*************************************************************************************

Askar
Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut
panjang pergi kesebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama
baru keluar dari persembunyian di hutan..
Lelaki tua : "Saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."
Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"
Lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"
Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu
hingga selesai..
Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"
Lelaki tua : "Iya.. mana kamu tahu nak....?"
Tukang gunting : "Saya baru saja berjumpa dengan topi askar di dalam rambut
pakcik"


*************************************************************************************

Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu
yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan
menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya
isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat
kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si
suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk
mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya
yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia
berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari
tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua
kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari
takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut....
lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka
tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa
yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan
serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit
timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada
situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak
mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak
juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak
besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah
kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua.
Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu
diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira
dengan kejujuran suaminya.
Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan
isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan
mencari kayu api...
Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke
dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu
terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan
isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.
Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka
diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa
berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...
Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza
dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut
mengakuinya.." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."
Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si paripari...
"Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si paripari
berkata lalu si tua mencelah.
"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba
berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya.
"Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun
semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan
Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu
memiliki kesemua mereka ini....."

*************************************************************************************

Pantun Melayu Versi Otromen
Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua
Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler
Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih
Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula
Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

*************************************************************************************

Nangka Beracun
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu
mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah
kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya
itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya
untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang
hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat
satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'

*************************************************************************************

Menjerit Bersama
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari
mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai
berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..
"Tolong, Tolong"
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain..
lalu salah seorang budak lain berkata..
"Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"
"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua
mula menjerit
"Bersama ! Bersama!"

*************************************************************************************

Bayi Jepun
Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa
jepon.. kenapa?"
Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan
itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila
sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami"

*************************************************************************************

Kalau sampai Ipoh
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

*************************************************************************************

Nenek oh nenek
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada
neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis
semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata,
"Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman
budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat
bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la
coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."

*************************************************************************************

Malu Sesangat
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu
macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun
memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist
tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer
nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya
malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi
teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata
Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata,
"Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

*************************************************************************************

Dot Pi Dot Mai
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara
isterinya dalam
bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil
berpeluh tanpa pakaian.
"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya.
Salman berlari ke bawah
untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur
5 tahun berlari datang dan
berkata,
"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan
(bukan nama sebenar)
jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar
dan berkata,
"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan
anak aku ye?"

*************************************************************************************

Ingat!, Seperti Bom Tangan
Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu
Seminar
Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat
demonstrasi
memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan
begitu
berminat sekali.
"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan.
"kemudian tekan
di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah
dipilih untuk
mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api
tersebut.
Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.".
Seperti timbul
satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan
segera mencabut
pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran
tersebut.
Demikianlah adanya...

*************************************************************************************

Kanggaru
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya.
Menyedari hal itu,
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang
lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu
memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari
kawasan kurungannya lagi.
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi.
Begitulah yang berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka kelauar dari
kawasan kurungannya
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru
itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru
itu dimasukkan kembali
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya
kepada kanggaru itu, "Agak-agak
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu
menjawab, "Mungkin sehingga
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan
malam-malam seterusnya".

*************************************************************************************

Tiga kali je...
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah
dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh,
abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di
benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang
pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu
berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn
abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang
berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan
masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita
susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita,
"Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu
dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan
pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan
maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami,
" Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami.
"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu
dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa
pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria
sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan
abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri
menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa
abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi
lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...



*************************************************************************************

Bertuah punyer Boboi!
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang
gemar sangat kencing.
Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair
ke, supermarket ke,
mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka
hati dia jerit kat mak dia...
"mak..boboi nak kencing!!!".
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu
dengan perangai Boboi nih
menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi
pon mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar
bermalam dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian
melayan karenah Boboi.
Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat
neneknya...
"Nenek...Boboi nak nyanyi!!".
Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah
sebelah marah pulak boboi bising!",
terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...
"Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."
mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi

*************************************************************************************

Ehwan dgn 100 ekor ayam
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai
Pak Romee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak
buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil
anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil
memberikan
kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."

*************************************************************************************

Al-Kisah Si Koboi
Al-Kisah...
Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati
Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si
Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk
Dibunuh Si Ular Berkata :
Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".
Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :
Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya
Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan
Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.
Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :
Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu
Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap
Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu".
Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.
Si Ular Berkata Dengan Tenang :
"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah
Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun
Dan Menghilang.
Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya.
Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan
Cermin Dan Berkata :
"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai
Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.
Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa
Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya
Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju
Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia
Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya
Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :
"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".
Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam
Itu Adalah Kuda Betina...!!.
MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .

*************************************************************************************

Teman Sejati
Selamat Bertemu Dalam Rancangan Ceritaku-Ceritamu...
Kali Ni Pak Cik Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian Persahabatan Terhadap Tiga
Orang Yang Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang Afrika Dan Seorang
India...
Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara Di Lautan. "Adventure La Sikit
Brader" Kata Salah Seorang Dari Tiga Orang Tu. Sampai Masa Dan Ketikanya
Mereka Pun Belayarlah Seperti Yang Dihajatkan.
Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak
Termasuk UPSR & PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah Menempuh Suatu
Taufan Dan Ombak Bak Cerita "Deep Impact" Yang Kuat Sehingga Menyebabkan
Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam Ala "Titanic".
Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang. Mereka Telah Hanyut Dan
Terdampar Di Sebuah Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak Saya).
Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni Melainkan Mereka Bertigalah Yang
Menghuninya Setelah Tersadai.
Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan Demi Bulan Hinggakan Tahun Demi
Tahun Sampai Jadi Belas Tahun Mereka Menginap Di Pulau Itu. Hidup Aman Dan
Damai Kata Orang, Saling Bekerjasama. Mereka Ni Jadi Tersangatlah Akrabnya.
Akhirnya (Belum Habis Lagi) Salah Seorang Dari Mereka Terjumpa Sebuah Bekas
(Tak Tau Lah Saya Bekas Apa, Tapi Yang Pasti, Bukan Bekas Ubat Nyamuk). Lalu
Dia Pun Memanggil Dua Lagi Kengkawannya.
Setelah Kata Sepakat Membawa Berkat, Mereka Pun Membuka Bekas Tadi Tu.
Amat Terkezutlah Mereka Sebaik Sahaja Terbuka Sahaja Penutup Bekas Tu,
Keluarlah Asap Berbunga-Bunga (Tapi Tak Bahaya Kerana Indeks Bacaan Belum
Sampai Tahap Bahaya). Setelah Terbatuk-Batuk Beberapa Kali Dan Jerebu Pun
Reda, Mereka Terperasan Ada Penambahan Bilangan Dari Segi Penduduk. Wujud
Satu Jun Depan Mereka (Ala Brader, Jin Le).
Mereka Bertiga Jadi Takut, Tapi Jin Tu Selamba Je, Terkebil-Kebil. Belum
Sempat Mereka Berbuat Apa-Apa Lagi Jin Dah Berkata :
" Thank You, Thank You, Kerana You All Telah Selamatkan I Dari Belenggu
Belanga Ni".
Sambung Lagi Jin Tu : " Oleh Kerana You All Telah Selamatkan Jiwa Dan Raga I,
I Akan Tunaikan Apa Sahaja Permintaan You All, Tetapi Seorang Akan Dapat
Satu Sahaja Permintaan Je Tau".
Mereka Bertiga Punye Le Gumbira Apabila Mendengar Berita Terkini Hiburan
Sensasi Yang Disampaikan Oleh Jin Tu.
Sambung Jin Tu Lagi : "OK Boleh Mulakan Permintaan Kamu Bertiga Sekarang"
"Baiklah" Kata Orang Pertama Iatiu Si Arab.
Dia Sambung " Wahai Jin, Ana (Ana Tu Bermaksud Saya) Telah Tersangat Lama
Tinggal Di Pulau Ini Dan Ana Tidak Dapat Menahan Rindu Untuk Pulang Ke
Kampung Halaman Ana, Boleh Anta Tunaikan".
Kata Jin Tu "Boleh, No Problemo, Tapi Tak Nak Ke Ucapkan Babai Ke Apa-Apa
Ke, Kat Kawan Kau Dua Orang Tu".
Si Arab Pun Berucap : "Wahai Sahabat Ana Berdua Yang Mulia, Ana Akan
Sentiasa Kenangkan Kamu Dimana Jua Ana Berada, Semoga Berjumpa Lagi".
Setelah Berjabat-Jabatan (Bersalam-Salaman), Bersedih-Sedihan Maka Tiba-
Tiba TUSSS! (Siap Ada Asap Lagi) Tertunailah Permintaan Si Arab.
Tinggal Dua. Kemudian Tibalah Giliran Si Afrika Membuat Hajatnya (Bukan Qado
Hajat). Setelah Terdiam Beberapa
Ketika Si Afrika Berkata : "Wahai Jin Tolonglah Saya Kembalikan Saya Ke
Pangkuan Keluarga Saya, Mungkin Mereka Menyangkakan Bahawa Saya Telah
Mati, Saya Mahu Pulang, Saya Mahu Pulang"
TUSSS! (Ada Asap Jugak) Tak Sampai Hati Jin Tu Mendengarkannya Lebih Lama
Lagi. Dan-Dan Si Afrika Tu Hilang Dari Pandangan, Nak Ucap Selamat Tinggal
Kat Kawan Dia Seorang Lagi Tu Pun Tak Sempat.
Tinggallah Si Mamat India Ni Sengsorang. Jin Tu Pandang Dia, Dia Pandang Jin
Tu.
Jin Tu Kata Kat Dia : "Kamu Tu Tunggu Apa Lagi, Mintalah Apa Yang Kamu
Hajati Supaya Aku Boleh Tunaikan Permintaan Kamu Dan Selesaikan Janji Aku
Kat Kamu Bertiga. Aku Dah Tak Sabar Nak Enjoy Ni".
Si India Tu Kata : "Ala Jin Rilek La Jin. Aku Sebenarnya Masih Bersedih Kerana
Kehilangan Kekawanku Yang Sangat Sejati".
Lalu Dia Pun Berkata : "Mr. Jin Sekarang Kau Tunaikanlah Permintaanku Yang
Tak Seberapa Ni".
Berkata Jin :"Katakanlah, Mintalah Nescaya Aku Akan Tunaikan".
Si India Tu Dengan Penuh Wisma Yakin Dan Semangat Berkata Kepada Jin :
"Mr. Jin Aku Amat Merindui Kengkawan Aku, Oleh Itu Aku Meminta Supaya
Engkau Kembalikan Semula Mereka Ke Pangkuan ku. Aku Rindukan Mereka
Berdua".
Jin Tu Pun Menunaikan Permintaan Si Mamat India tu. TUSSS! (Asap Dia Banyak
Sikit Sebab Ada Dua Orang Sekali Jalan) Kembalilah Si Arab Dengan Si Afrika Di
Depan Si India Tu.
Si India Tu Tersangat Gumbira. Si Arab Dan Si Afrika Tadi Walaupun Asap Dari
Perkembalian Mereka Dah Hilang Tapi Kini Masih Ada Asap Lagi Di Tubuh
Mereka Iaitu Asap Dari Api Kemarahan Yang Terpendam.
(Berkumandanglah Lagu Tema : ' Selama Ini, Ku Mencari-Cari Teman Yang
Sejati, Buat Menemani Perjuangan Suci, Bersyukur Kini, Teman Yang Dicari
Selama Ini, Telah Kutemui .... Nyanyi Sendirilah Brader)
Sekian Sahaja Buat Tatapan Anda Semua.
*** Cerita Ini Adalah Dongeng Semata-Mata. Tidak Ada Kena Mengena Dengan
Yang Hidup Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia. Kalau Ada Pun Secara Tidak
Sengaja.

*************************************************************************************

Hadiah Harijadi
Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih
Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk
Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan
Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu
Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat.
Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga
Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah
Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu
Usop!
Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh
Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis
Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap
Tu.
Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :
Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,
Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan
Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop
Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi
Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak.
Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu
Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia
Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik
Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu.
Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan
Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.
Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...
P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat
Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.
Yang Menyayangimu,
Usop Jendul
Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat.
Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia
Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!

*************************************************************************************

Pelatih Baru
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia.
Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus
Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?"
Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu
Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

*************************************************************************************

Viagra
Seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah
yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir
ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.
'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!'
ujar doktor tersebut.
'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya
memujuknya!'
'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam
minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu
lagi.
'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.
keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam
berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh
memalukan!'.
sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'
'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam,
saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar
menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap
skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya
berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya
rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.
'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.
'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan
pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !

*************************************************************************************

Malu sendiri...
Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang
kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah
membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat
sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut
mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan
khidmatnya dalam bidang kaunseling.
NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang
lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu
menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang
sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun
kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat
Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya.
Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang
hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan
keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang
mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan
pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang
penuh bermakna.

*************************************************************************************

Kisah 3 pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk
memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.
"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".

*************************************************************************************

Kisah di kawasan perkuburan
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka
terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam
sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu.
Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak
seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan
pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir
sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat
kami terkejut aje".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2
buta kat kubur ni??"
Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja
nama aku!"

*************************************************************************************

Mary Sue
Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya
menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut
menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada
pelayan tersebut.
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini
bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah
bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada
kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.