Hukum Bergambar dan Pamerkan Gambar Hidup..
Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat
gambar (pelukis/pengukir). (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian
(al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)
Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi melarang
mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat
tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga
mencela pembuat gambar”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli
(3/34), no. 299)
Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar.
Apabila Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus
masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada
sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku
bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa
ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku
membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”.
Rasulullah berkata, “Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat.”
Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke
dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas,
seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk
nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah
membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi
tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau
bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah
sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan
berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu
menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas
berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat
gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok
(tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk
bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang
sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku
bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di
dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang
menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab
Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat
(Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing
atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat
(Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing
atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan
datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia
(Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam
rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa)
atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan
Rasulullah (s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan,
namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya
Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah
dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi
terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah,
bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi
Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun
dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah
berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan
engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di
dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk),
untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau
gambar”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24),
no. 5246)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di
dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau
berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat
tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah
gambar (nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang
mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan
seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu
kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah
yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah
gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan
masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim:
“Sahabat kami dan para Ulama selain mereka mengatakan bahawa haramnya
membuat gambar haiwan adalah sekeras-keras pengharamaan. Ini termasuk
dosa besar kerana ancamannya juga amat besar, sama saja apakah ia dibuat
untuk dihinakan atau tidak. Bahkan membuatnya jelas sekali haram kerana
meniru ciptaan ALLAH. Sama saja apakah itu dilukis pada pakaian,
permadani, mata wang, bejana, dinding atau lainnya. Adapun menggambar
pepohonan dan sesuatu yang tidak bernyawa, tidak mengapa. Inilah hakikat
hukum membuat gambar. Sedangkan gambar makhluk bernyawa, jika
digantung/ditampal di dinding, di serban dan tindakan yang tidak
termasuk menghinakannya, maka jelas hal itu terlarang. Sebaliknya bila
dibentangkan dan dipijak sebagai alas kaki atau sebagai sandaran
(setelah dipotong kepalanya, ed.) maka tidaklah haram dan tidak ada
bezanya adakah gambar yang tersebut berjasad (mempunyai bayangan atau 3
dimensi) atau tidak. Ini adalah kesimpulan mazhab kami dalam masalah ini
yang semakna dengan perkataan jumhur Ulama dari kalangan para Sahabat,
Tabi’in, dan orang yang sesudah mereka (Tabi’ut Tabi’in). Ini juga
pendapat Imam ats-Tsauri, Malik Bin Anas dan Abu Hanifah serta ulama
lainnya.
Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan:
“Kata al-Khaththabi: dan gambar yang menghalangi masuknya malaikat ke
dalam rumah adalah gambar yang padanya terpenuhi hal-hal yang haram,
yakni gambar-gambar berupa makhluk yang bernyawa, yang tidak terpotong
kepalanya atau tidak dihinakan. Dan bahawasanya dosa tukang gambar itu
besar kerana gambar-gambar itu ada yang di-ibadahi selain ALLAH, selain
itu gambar tersebut mudah menimbulkan fitnah (bahaya) bagi yang
memandangnya (gambar wanita, tokoh, ulama, red).”
Dipetik dari :http://insanbiasayglemah.blogspot.com/2012/04/hukum-bergambar-dan-pamerkan-gambar.html