Di ruang tamu papan dua tingkat itu Ustaz Fadhil menyandarkan badan untuk menghilangkan penat seketika. Petang yang nyaman itu, di tambah dengan angin milir yang menyentuh pipinya, membuatkan otaknya membayangkan peristiwa lama. Dan setiap kali wajahnya tertusuk ke wajah isterinya, tiap kali itu juga wajah anak muridnya melapisi wajah isterinya.
Kenangan sesungguhnya mengusik jiwa Ustaz Fadil.
Ketika itu, dia sedang menaip fail-fail yang memuatkan biodata penuntut perempuan Asrama Lima Kenanga. Dia meneliti helai dami helai biodata di atas mejanya untuk mencari biodata seorang murid perempuan seperti yang telah diarahkan oleh Pengetua. Satu kerja yang mencabar, dan dia sendiri seperti tidak percaya pada diri sendiri. Apakah mampu dia menukar watak seorang yang sudah jauh terpesong untuk kembali kepada wataknya yang sebenar. Inilah tugas yang diamanahkan oleh Pengetua. Dan inilah juga amanah daripada Allah kepada dirinya selaku guru untuk membimbing anak-anak murid ke jalan yang diredhai.
Jantungnya berdegup bila terdengar ketukan yang agak kuat menerjah pintu biliknya. Dia beristighfar beberapa kali kerana dia tahu ketukan itu datangnya daripada orang yang ditunggu sejak pukul lapan pagi tadi.
"Assalamualaikum, Ustaz!" sapa suara murid perempuan yang terpampang di muka pintu bila sahaja pintu itu dikuak.
"Waalaikumussalam. Sila duduk, Nurul Aida." pelawa Ustaz Fadil sambil menutup fail di hadapannya. Zalma rakan sekelas Nurul Aida , turut masuk apabila diisyaratkan. Ustaz Fadil tidak ada apa-apa urusan dengan Zalma tetapi kehadirannya perlu bagi mengelakkan dari timbulnya fitnah.
"Nurul Aida sudah makan?" tanya Ustaz lembut sebaik sahaja kedua-dua anak muridnya itu melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapannya.
"Dah!" jawab anak murid tingkatan lima itu tegas dan ringkas.
"Nurul Aida makan di kantin asrama?"
"Di kantin sekolah."
"Kenapa? makanan di asrama tak sedap?" Ustaz Fadil mencari kepastian. Tetapi suaranya tetap rendah demi mengambil hati tamu di hadapannya kini. Nurul Aida kelihatan resah dan wajahnya murung. Matanya di lemparkan tembus ke jerjak tingkap yang terbuka luas. Dia seakan ingin mencari kebebasan pandangan matanya dari disekat oleh pandangan mata Ustaz Fadil.
"Kenapa Nurul tak makan di kantin asrama?" ulang Ustaz Fadil lagi.
"Kucing pun tak selera nak makan kalau disogok dengan makanan yang sama setiap hari," jawab Nurul Aida agak keras. Matanya tiba-tiba bulat seakan melepaskan geram. Tapi masih tidak berani menentang mata Ustaz Fadil . Zamli di sebelahnya gusar dengan sikap temannya, sambil menanti riaksi sang guru.
Hati Ustaz Fadil sedikit pun tidak tercuit mendengar bantahan itu. Malah dia senang hati kini kerana luahan hati Nurul Aida itu sedikit sebanyak menyedarkannya mengenai tanggungjawab yang perlu diawasi berkaitan dengan makanan asrama. Aptah lagi dia baru sahaja diamanahkan oleh Pengetua untuk menjaga kebajikan penuntut-penuntut di asrama.
"Insya-Allah, saya akan ubah menu makanan asrama mengikut kemahuan penuntut. Beri saya masa untuk melakukan segala perubahan ini dan saya berharap Nurul akan berkerjasama dengan saya menyenaraikan jenis-jenis makanan yang halal dan berzat, Ok?" Ustaz Fadil cuba menyejukkan api kemarahan Nurul Aida.
"Maafkan saya Ustaz, saya tidak berhak untuk mengubah menu makanan di asrama ini. Saya tahu saya masih baru di sini. Belum pun sampai satu tahun saya bertukar ke sekolah ini. Tapi saya ada prinsip sendiri. Kalau saya tak suka makan di asrama, itu hak saya. Dan ustaz jangan bimbang, saya tidak akan mogok lapar kerana itu," kata Nurul Aida merenung tepat ke arah wajah ustaz muda di hadapannya dan membuatkan Ustaz Fadil terpaksa mengelak seketika daripada renungan tajam anak muridnya itu.
"Saya suka penuntut yang berfikiran tegas seperti Nurul..."
"Hanya itu saja yang hendak ustaz beritahu saya pagi-pagi ni?" suara Nurul Aida berdesing di teling Ustaz Fadil.
"Ada perkara lain yang lebih mustahak," kata Ustaz Fadil. Dia menyandarkan badan ke kerusi, mencari sedikit kekuatan jiwa.
"Hari ini hari Ahad ustaz, hari Ahad adalah hari kelepasan penuntut-penuntut asrama. Saya mahu basuh pakaian dan selepas itu keluar ke pekan mencari peralatan sekolah," terang Nurul Aida tanpa selindung-selindung.
Ustaz Fadil tersenyum bangga mendengar kejujuran Nurul Aida. Dia menghulurkan sekeping borang kebenaran keluar dari kawasan asrama yang siap ditandatanganinya ke arah Nurul Aida dan sekeping lagi disuakan kepada Zalma. Nurul Aida menundukkan muka memandang lantai simen. Dia terdiam sejurus seperti ada penyesalan menghantui fikirannya.
"Kita berbicara sebentar, lepas itu saya akan hantar Nurul ke pekan kerana saya ada sedikit urusan di sana. Zalma boleh ikut sama."
Nurul Aida masih lagi membisu.
"Sudah sebelas bulan Nurul menginap di asrama puteri ini. Saya dapati Nurul seorang murid yang baik dan pintar dalam pelajaran. Tapi tidak pernah minta untuk balik kampung walaupun di masa cuti persekolahan. Kenapa...?"
"Kenapa apa?" Mata Nurul Aida terkelip-kelip memandang Ustaz Fadil.
"Saya selalu balik kampung. Adakalanya setiap hujung minggu. Saya balik kerana rindukan ayah. Emak saya sudah meninggal tiga tahun lalu. Sebagai anak sulung dalam keluarga seramai lima orang, tanggungjawab menjaga ayah dan adik-adik terletak di bahu saya." Ustaz Fadil berhenti di situ. Dia sengaja berbuat demikian untuk melihat reaksi Nurul Aida.
Nurul Aida tunduk membisu.
"Nurul Aida beruntung karana masih ada ibu, masih ada ayah..."
"Saya hanya ada ibu. Ayah saya dah matiii!!.." jerit Nurul Aida tiba-tiba.
Ustaz Fadil tersenyum kerana kailnya sudah terbau oleh ikan. Dia perlu berhati-hati.
"Kalau sayang ibu, kenapa tak balik jugak kat kampung. Kesian ibu Nurul...sekurang-kurangnya terubat juga rindu si ibu kepada si anak yang jauh di mata."
"Saya benci ayah. Kalau saya balik saya akan jumpa ayah juga. Saya benci diaaa...!" bentak Nurul Aida.
"Nurul berbohong dengan saya..."
Nurul Aida terdiam. Mata bulat berwajah bujur sirih itu memandang geram kearah ustaz muda yang berusia dua puluh lima tahun itu. Namun dia hairan mengapa ustaz muda itu begitu mengambil berat tentang dirinya.
"Nurul juga ada kakak yang berkerja di bandar ini. Kenapa tak ziarahi dia. Tak baik memutuskan silaturrahim antara keluarga. Nurul tau tak, orang yang memutuskan persaudaraan sesama Islam itu tidak akan dapat masuk syurga." Kata-kata Ustaz Fadil menambahkan kebingungan Nurul Aida. Dia merasakan dirinya tercabar kini.
"Ustaz jangan suka ambil tahu hal diri saya tau. Saya benci!" bentak Nurul Aida. Serentak dengan itu dia meluru keluar tanpa mengharapkan penjelasan selanjutnya daripada Ustaz Fadil yang terkapai-kapai seketika. Zalma yang terkejut dengan sikap temannya terpaksa terburu-buru bangkit dan ikut keluar.
Ustaz Fadil melangkah ke jendela. Langsir warna biru laut dikuak dan dibiarkan terbuka luas. Untuk peredaran angin. Angin pagi sudah mula mengangkut panas, namun kepanasan itu bukan ukuran hatinya. Kerana ada sesuatu perasaan baru yang telah menyegarkan fikirannya kini.
Ustaz Fadil kembali ke meja tapi belum sempat dia melabuhkan punggung ke kerusi, satu ketukan bertalu-talu singgah ke daun pintu biliknya. Ustaz Fadil bergegas pula ke muka pintu.
"Ustaz, tolong kami ustaz!!!" suara Zalma bergema di ambang pintu. Di belakangnya Salwa dan Rosma tercegat dengan wajah yang pucat.
"Kenapa ni?" Ustaz Fadil kaget sekatika.
"Nurul Aida mengamuk, ustaz!" kata Rosma tersekat-sekat.
"Mengamuk? Di mana?"
"Bilik kami, bilik 22 Kenanga." Ujar Salwa pantas.
"Kamu bertiga ikut saya. Kalau kita bertemu sesiapa walaupun Pengetua, jangan beritahu apa-apa. Saya takut nanti keadaan akan lebih rumit kalau orang lain masuk campur. Saya akan cuba memujuknya, insya-Allah..." kata Ustaz Fadil lalu melangkah cepat dengan diekori oleh Zalma, Salwa dan Rosma yang dalam kebingungan.
Mereka menuju ke asrama Kenanga. Sebelum terus ka bilik 22, di anak tangga asrama Ustaz Fadil berhenti seketika. Dia memetik sekuntum bunga yang dia sendiri kurang pasti namanya. Namun bau haruman bunga tersebut menambahkan keyakinan hatinya untuk terus melangkah.
"Asalamualaikum, Nurul Aida..." Suara Ustaz Fadil menyelinap dari sebalik tabir pintu. Demi mendengar namanya disebut, Nurul Aida bengun lalu meluru ke almari.
Beberapa helai seluar dan beju T ditarik lalu dilemparkan membabi-buta ke lantai bilik.
"Campakkan ke sini. Saya rela menerimanya dengan hati yang terbuka.
Campakkan kesemuanya. Saya tidak marah, malah itulah yang perlu Nurul buat sekarang. Pakaian itu tidak berguna buat Nurul. Pakaian itu untuk lelaki, bukan untuk seorang perempuan." Lantang kata-kata Ustaz Fadil. Nurul Aida terhentak di birai katil. Dia merasakan dirinya mengalami proses mental yang maha berat untuk dipulihkan. Tapi...
"Saya benciiii...!!!" tempik Nurul Aida. Serentak dengan itu,dua helai seluar jeans terdampar di kaki Ustaz Fadil yang mesih tercegat di luar pintu.
"Saya juga benci. Saya akan bakar semua ini..." kata Ustaz Fadil tenang.
"Jangan! Itu hak saya. Ustaz tak ada hak apa-apa."
"Saya juga berhak seperti yang diamanahkan oleh Pengetua dan ibu bapa Nurul kepada saya."
"Apa untungnya ustaz mengawasi saya, harta saya, keselamatan saya dan apa pun juga hal-hal berkaitan dengan peribadi saya!?"
"Bukan untung yang saya cari tapi rasa kemanusiaan itu yang mendorong saya mengembalikan semula imej Nurul Aida sebagai seorang perempuan sejati dan anak yang solehah, yang mempunyai pegangan agama yang tinggi."
"Jangan masuk campur dalam urusan keluarga saya, ustaz!"
"Memang sepatutnya saya tidak boleh mencampuri urusan orang lain. Tapi, kerana desakan keluarga Nurul, saya terpaksa akur walaupun hati saya cuba membantah. Apakah salah tindakan saya ini setelah mendapat restu dari keluarga Nurul sendiri?"
"Tapi keluarga saya kejam , ustaz..."
Dan dengan tiba-tiba air mata Nurul Aida mengalir lesu. Selesu hatinya yang masih menyalahkan keluarga atas ketelanjurannya kini. Inilah kali pertama Nurul Aida mengalirkan air mata penyesalan.
"Ayah Nurul sudah menyesal atas tindak-tanduknya."
"Jangan diungkit cerita lama , ustaz! Tolonglah, saya benci mendengarnya! saya benciii...! Jangan marahkan saya jika saya berkasar pada ustaz nanti."
"Saya akan ceritakan perkara sebenarnya demi menyedarkan Nurul dari kebencian yang amat sangat terhadap ayah Nurul. Saya sedia menerima akibatnya. Tapi saya tahu, Nurul Aida yang berdiri dihadapan saya ini tidak akan berbuat sepertimana ayahnya dulu, memukul ibunya kerana menghalang dia berkahwin satu lagi...."
"Ayah saya kejam, ustaz!"
"Ayah Nurul tidak sekejam yang Nurul sangkakan. Dia seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab. Cuma dia tersilap langkah mengikut nafsu mudanya tujuh belas tahun dahulu. Dia berkehendakan sangat seorang anak lelaki. Tapi, Allah memberikannya sepasang anak kembar yang cantik. Nurul Ain dan Nurul Aida. Entah dimana silapnya, Nurul Aida terdidik berwatakan seorang lelaki padahal jiwanya tetap perempuan..."
Suasana sepi beberapa ketika. Yang kedengaran hanyalah esak tangis Nurul Aida di dalam bilik itu.
"Bagaimana ustaz tahu semua ini?"
"Kaki saya ini sungguh bertuah. Bukan sekali dua kaki ini menjamah anak tangga rumah Nurul. Malah lebih dari itu. Malah rumah berdinding papan bercat kuning langsat itu sudah seperti rumah saya sendiri..."
"Jangan injakkan kaki ustaz ke rumah saya lagi. Kaki ustaz terlalu mulia untuk pergi ke situ. Kalau betul mereka sayang kepada saya, kenapa tidak datang menjenguk saya di sini...?"
"Ayah Nurul tak ada masa untuk datang ke sini. Sawah perlu dibajak. Padi sedang disemai dan air pula perlu diparitkan ke dalam sawah. Semua itu perlukan penjagaan rapi dan dikerjakan segera."
"Jadi, ustaz pula jadi orang tengah untuk selesaikan masalah saya?"
"Ada hikmahnya, Nurul."
"Saya tak faham."
"Nurul akan faham juga nanti, bila hati kita terlalu dekat dengan Allah. Hati akan berasa lapang, bersih dan tenang melalui pandangan hati. Ambil yang jernih dan perbaiki diri dari sekarang. Kembalilah mengikut syariat agama Islam. Berpakaianlah dengan cara yang sepatutnya. Pakaian adalah perkara-perkara lahiriah yang begitu penting dan perlu diambil perhatian berat. Pakaian mencerminkan peribadi seseorang." Ustaz Fadil berhenti seketika.
"Kebaikan dan perbuatan seseorang bukan tertaklik pada cara berpakaian sahaja, ustaz!" celah Nurul Aida menangkis kebenaran kata-kata Ustaz Fadil.
"Betul kata Nurul itu, tapi cara berpakaian yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya dipakai, dedah sana, dedah sini, perempuan pakai baju lelaki atau lelaki pakai baju perempuan, tetap tidak boleh lari dari hukum Allah..."
"Yang penting adalah hati, ustaz. Allah tidak melihat peribadi atau kebaikan seseorang dari bentuk pakaian, tapi melihat apa yang tersirat di dalam hati hamba-Nya."
Ustaz Fadil tersenyum senang. Tahulah dia kini, bahawa Nurul Aida sebenarnya mengetahui apa yang dicakapkan tetapi masih belum boleh melakukan apa yang dikatakan tanpa bimbingan seseorang.
"Nurul Aida sudah dewasa. Telah dapat bezakan antara intan dan permata. Antara kebaikan yang disuruh dan kemungkaran yang ditegah. Apa yang hendak dimalukan lagi. Kembalilah ke asalmu. Ketahuilah, hukumnya haram bagi perempuan menyerupai lelaki. Allah laknat sepanjang hidup."
Nurul Aida terdiam. Ustaz Fadil juga terdiam. Bagai ada satu makhluk Allah yang menghalang bicara mereka dari berterusan.
"Janganlah merubah rupa bentuk kerana mengikut kehendak hati atau peredaran zaman," sambung Ustaz Fadil. "Bagi seorang gadis, bukan sahaja tidak boleh berpakaian saperti lelaki, malah akan hilang sifat-sifat keperempuanannya jika bercakap kasar, garang dan keras. Atau berjalan tegap dan tangkas seperti lelaki..."
Sesungguhnya suara itu sebenarnya meruntunkan hati Nurul Aida. Dia menyembamkan muka ke katil lalu menangis sepuas-puasnya. Penyesalan menghantui jiwanya. Rasa bersalah terhadap seluruh keluarga, terutama terhadap ayahnya, menjelma tiba-tiba.
"Pintu taubat masih terbuka, Nurul. Bertaubatlah dengan sepenuhnya dengan taubat nasuha. Saya sedia membimbing Nurul bila-bila masa," Ustaz Fadil bersuara lembut bagai seorang ayah menasihati anaknya.
Putaran kipas di dinding seakan membawa angin baru di air muka Nurul Aida. Wajah bujur sirih berkulit kuning langsat itu terkapai-kapai mencari persingahan yang kekal. Namun yang jelas, kekeruhan di muka Nurul Aida kini sudah hilang.
"Saya tidak akan bakar pakaian ini. Ia merupakan nostalgia pada diri saya. Izinkan saya untuk menyimpannya, dan saya akan gantikan dengan pakaian yang sepatutnya diwajibkan untuk wanita-wanita Islam," ucap Ustaz Fadil lalu mencampakkan kuntuman bunga yang agak lama dalam genggamannya menerusi tabir pintu.
Nurul Aida yang terduduk di sisi katil bangun perlahan-lahan. Walaupun ada gerak di tangannya untuk mengutip bunga itu, tetapi gerak tangan itu mati sebaik sahaja tubuhnya longlai ke lantai.
Zalma, Rosma dan Salwa segera memberi bantuan.
"Mengelamun jauh nampaknya, bang!" sapa satu wajah bermini telekung hitam sambil meletakkan secawan teh dan bubur pulut hitam di atas meja kecil da hadapan suaminya.
"Teringat kisah-kisah lama.." jelas Ustaz Fadil sambil ketawa kecil.
"Tak elok mengelamun sendirian, nanti terikut-ikut oleh anak murid."
"Hai, anak murid dah jadi isteri..." kata Ustaz Fadil. Nurul Aida ketawa senang melihat gelagat suaminya.
HABIS...
"Kalau ingin ke Syurga bersiaplah, engkau pasti diuji. Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah dan air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga."
Isnin, 24 Mei 2010
Jumaat, 14 Mei 2010
Malu Seorang Wanita
Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya,di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian. Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita.
Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata,pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah S.W.T itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka. Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah S.W.T, tidak gerun kepada neraka Allah S.W.T dan tidak cinta kepada syurga Allah S.W.T. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah S.W.T timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman. Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai,Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya. Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita. Oleh itu. wahai wanita jadikanlah malu pakaianmu, agar ia menjadi maruahmu. Dirimu istimewa dengan sifat yang solehah, namun sebaliknya andai akhlak engkau abaikan, bukanku mahu memburukanmu, hanya sebagai peringatan tanda Islam itu bersaudara. Wallahu'alam.

10 Peringatan Bumi
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Rabu, 12 Mei 2010
Wahai Manusia, Renungilah Sindiran Ini..
TERFIKIRKAH...
bagaimana warga di angkasa
bisa mengapungkan diri di langit tinggi?
Bukankah di atas sana
tiada tali untuk dibuat pautan,
tiada penyanggah untuk dijadikan sandaran?
Pun, dengan kemampuan anugerah Ilahi ini,
burung masih terpaksa memenuhi tuntutan hidupnya
dengan meninggalkan sarang pada setiap permulaan hari
bersama tembolok kosong, meredah dingin pagi,
membelah awan-gemawan,
bagi mendapatkan, sekadar sesuap rezeki.
Sabar dan cekalnya, ditundingi Rasul Junjungan,
agar manusia meneladani tawakkalnya si unggas,
yang tidak pernah putus harap dari rahmat Tuhan.
"Perumpamaan bagi orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya, rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah, kalau engkau mengetahui" - Al- Ankabut : 41.
Ya, labah-labah,
makhluk Allah yang pernah berbakti kepada Rasulullah,
melalui jalinan rumahnya, di muka pintu gua Thur.
Ditampilkan Allah sebagai bandingan
buat insan-insan yang bertawasulkan
wang ringgit sebagai matlamat hidup,
ilmu dan fikiran sebagai penjamin masa depan,
paras dan bakat sebagai cagaran rezeki,
pangkat, kekuatan, kuasa dan pengaruh
sebagai kayu ukuran,
meletakkan nikmat lahiriyah sebagai sumber
kebahagiaan dan keselamatan.
Agar mereka sedar,
bagaimana rapuhnya rumah si ankabut,
begitu jugalah reputnya kepalsuan duniawi
untuk dijadikan sandaran hidup.
"Padahal pada batu-batu itu, ada yang memancarkan air dan mengeluarkan sungai daripadanya,ada pula yang pecah terbelah lalukeluar mata air darinya dan ada juga yang jatuh meluncur ke bawah, kerana takut pada Allah." -Al-Baqarah : 74.
Ya, mereka makhluk yang
tidak pernah dikurniakan Allah akal fikiran,
namun tiap saat hayatnya,
sentiasa bertasbih dan bertahmid
jua beribadah melakukan kebaktian.
Rela mati disaat lalai daripada Ilahi.
Malah tika ditawarkan
amanah mentdbir dunia seisinya,
mereka merintih,
"Kemi tidak sanggup ya Tuhan...
kami tidak sanggup ya Tuhan..."
Bukankah, sehebat manapun rasa penghambaan
matinya unggas, ankabut, malah segala haiwan
atau hancurnya pohon dan gunung-ganang,
tidak akan diberi-Nya apa-apa ganjaran.
Ditampilkan Allah sebagai sindiran,
buat renungan makhluknya yang bernama...
MANUSIA...
Manusia...
Yang cenderung mengikut telunjuk nafsu
dari menahan diri demi keredhaan Tuhan,
yang rakus terhadap kenikmatan duniawi
dari menderit pada jalan Ilahi,
yang sering di bari peringatan
ditempelak di dalam Al Quran,
namun masih enggan mengerti
malahan, selalu penyimpang dari kebenaran.
Matinya tidak akan mengakhiri segala-galanya
dia pasti terpaksa memilih antara dua:
Syurga atau Neraka.
bagaimana warga di angkasa
bisa mengapungkan diri di langit tinggi?
Bukankah di atas sana
tiada tali untuk dibuat pautan,
tiada penyanggah untuk dijadikan sandaran?
Pun, dengan kemampuan anugerah Ilahi ini,
burung masih terpaksa memenuhi tuntutan hidupnya
dengan meninggalkan sarang pada setiap permulaan hari
bersama tembolok kosong, meredah dingin pagi,
membelah awan-gemawan,
bagi mendapatkan, sekadar sesuap rezeki.
Sabar dan cekalnya, ditundingi Rasul Junjungan,
agar manusia meneladani tawakkalnya si unggas,
yang tidak pernah putus harap dari rahmat Tuhan.
"Perumpamaan bagi orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya, rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah, kalau engkau mengetahui" - Al- Ankabut : 41.
Ya, labah-labah,
makhluk Allah yang pernah berbakti kepada Rasulullah,
melalui jalinan rumahnya, di muka pintu gua Thur.
Ditampilkan Allah sebagai bandingan
buat insan-insan yang bertawasulkan
wang ringgit sebagai matlamat hidup,
ilmu dan fikiran sebagai penjamin masa depan,
paras dan bakat sebagai cagaran rezeki,
pangkat, kekuatan, kuasa dan pengaruh
sebagai kayu ukuran,
meletakkan nikmat lahiriyah sebagai sumber
kebahagiaan dan keselamatan.
Agar mereka sedar,
bagaimana rapuhnya rumah si ankabut,
begitu jugalah reputnya kepalsuan duniawi
untuk dijadikan sandaran hidup.
Seterusnya, renungkanlah pula
bagaimana Allah meletakkan
sindiran dan pengajaran pada lautan,
padanya terhimpun titisan-titisan air,
membentuk gelombang besar mengalun zikir.
Ia bersiap sadia mematuhi arahan Khliqnya.
Bukankah air yang memusnahkan
kaum Nabi Nuh yang enggan beriman?
Dan menelan Firaun bersama bala tenteranya,
si angkuh yang mengaku dirinya Tuhan?
Pada gunung-ganang, yang pernah digunakan
buat menghancurkan kaum Aad dan Tsamud,
menjungkir-balikkan warga Soddom dan Madyan,
dengan bidasan :
bagaimana Allah meletakkan
sindiran dan pengajaran pada lautan,
padanya terhimpun titisan-titisan air,
membentuk gelombang besar mengalun zikir.
Ia bersiap sadia mematuhi arahan Khliqnya.
Bukankah air yang memusnahkan
kaum Nabi Nuh yang enggan beriman?
Dan menelan Firaun bersama bala tenteranya,
si angkuh yang mengaku dirinya Tuhan?
Pada gunung-ganang, yang pernah digunakan
buat menghancurkan kaum Aad dan Tsamud,
menjungkir-balikkan warga Soddom dan Madyan,
dengan bidasan :
Ya, mereka makhluk yang
tidak pernah dikurniakan Allah akal fikiran,
namun tiap saat hayatnya,
sentiasa bertasbih dan bertahmid
jua beribadah melakukan kebaktian.
Rela mati disaat lalai daripada Ilahi.
Malah tika ditawarkan
amanah mentdbir dunia seisinya,
mereka merintih,
"Kemi tidak sanggup ya Tuhan...
kami tidak sanggup ya Tuhan..."
Bukankah, sehebat manapun rasa penghambaan
matinya unggas, ankabut, malah segala haiwan
atau hancurnya pohon dan gunung-ganang,
tidak akan diberi-Nya apa-apa ganjaran.
Ditampilkan Allah sebagai sindiran,
buat renungan makhluknya yang bernama...
MANUSIA...
Manusia...
Yang cenderung mengikut telunjuk nafsu
dari menahan diri demi keredhaan Tuhan,
yang rakus terhadap kenikmatan duniawi
dari menderit pada jalan Ilahi,
yang sering di bari peringatan
ditempelak di dalam Al Quran,
namun masih enggan mengerti
malahan, selalu penyimpang dari kebenaran.
Matinya tidak akan mengakhiri segala-galanya
dia pasti terpaksa memilih antara dua:
Syurga atau Neraka.
RENUNGILAH...
Jumaat, 7 Mei 2010
Panduan Atasi Zina Hati
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Bardoa.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
Bernikah.
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Syahidah Pertama Dalam Islam
Syahidah Pertama Dalam Sejarah: Sumayyah Bintu Khubath Radhiallahu Anha
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga”.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakan keluarga Yasir, “Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka”.
Keluarga yang agung dan mulia ini menghimpunkan segala sisi keutamaan. Keutamaan-keutamaan ini semerbak harum menebarkan aroma kemuliaan dan ia tersebar dari generasi terawal memeluk Islam sehinggalah ke generasi akhir zaman.
Pemimpin keluarga ini, Yasir bin Amir bin Malik berasal dari Yaman. Beliau datang ke Mekah bersama-sama Al-Harits dan Malik dalam rangka menjejaki saudaranya. Mereka berdua kembali ke Yaman, sebaliknya Yassir terus menetap di Mekah. Beliau kemudiannya menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah bin Abdullah Al-Makhzumy, yang kemudiannya menikahkannya dengan seorang hamba wanita, Sumayyah bintu Khubath, lalu melahirkan seorang anak lelaki, bernama Ammar. Abu Hudzaifah kemudiannya memerdekakan Sumayyah manakala Yasir dan Ammar tetap bersama-sama dengan Abu Hudzaifah sehingga meninggal dunia.
Sumayyah bintu Khubath, nama yang tidak pernah dikenali di seluruh pelosok Mekah sebelum Islam hadir memancarkan sinarnya di Ummul Qura. Beliau seorang wanita yang bersosok besar, usianya telah memasuki usia senja. Namun, beliau memiliki akal yang jernih, dan jiwanya memancarkan keikhlasan, bara dan semangat!. Tidak berapa lama selepas Rasulullah memulakan dakwah baginda, keluarga Yasir muncul sebagai di antara manusia terawal mengimani risalah Islam dan membenarkan kerasulan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keimanannya yang mendalam terhadap Allah menjadikan dirinya sebagai pelopor wanita-wanita yang sabar dan tegar mempertahankan akidah. Bahkan beliaulah adalah orang ketujuh yang masuk Islam dan di antara orang terawal yang menampakkan keislamannya. Hal ini disebutkan oleh Al-Imam Adz-Dzahaby Rahimahullah di dalam bukunya, Siyar A’lamin-Nubala’ menerusi riwayat Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu,
“ Yang pertama sekali menampakkan keIslaman mereka secara terang-terangan ada tujuh orang; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Abu Bakar, Ammar, ibunya Sumayyah, Shuhaib, Bilal dan Al-Miqdad. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendapat perlindungan dari bapa saudarany (Abu Talib). Abu Bakar mendapat perlindungan kaumnya. Yang lain-lain pula mengalami penyeksaan yang keras dari orang-orang musyrik, dikenakan baju besi lalu ditelantarkan di bawah terik matahari. Tidak seorang pun dari mereka kecuali harus memenuhi apa yang mereka inginkan, kecuali Bilal. Dia tidak peduli apa yang menimpa dirinya kerana Allah. Dia juga tidak peduli kepada kaumnya. Ketika dia diseksa, kanak-kanak kecil ikut sama mengerumuninya, dan dia hanya mampu mengucapkan, ‘Ahad, ahad, ahad”.
Keluarga Sumayyah turut sama berada di barisan hadapan. Kemarahan kaum Quraisy benar-benar memuncak. Hampir setiap nafas mereka adalah hembusan kebencian kepada orang-orang yang mengucapkan “Rabb kami adalah Allah”. Penyeksaan-penyeksaan tidak pernah menjadikan kaum Muslimin berundur, malah mereka tetap istiqamah dan terus mengikuti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sementara itu, baginda hanya mampu meniupkan kata-kata semangat dan motivasi keimanan kepada keluarga Sumayyah kerana tiada seorangpun yang mampu memberikan jaminan kepada keluarga tersebut. Keluarga itu menerima pelbagai jenis penyeksaan dari orang-orang musyrik yang terbakar oleh api dendam dan kebencian terhadap dakwah Islam. Mereka memuaskan keinginan yang gila dengan menyeksa Sumayyah dan keluarganya. Ibnu Atsir Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya, Usdul Ghabah, tentang seksaan yang dialami oleh Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuk orang-orang yang lebih dahulu masuk Islam dan dia juga termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat seksaan yang keras kerana Allah”.
KELUARGA YANG SABAR
Tiada yang mampu dilakukan manusia kecuali terkagum terhadap keluarga Yasir, sebuah keluarga yang mulia, yang diberi kemudahan, dan yang mampu menggegarkan para pemimpin kaum musyrikin Mekah. Mereka yang sebelumnya dikenali sebagai orang-orang yang lemah lembut, tidak lagi mempunyai sifat itu tatkala berhadapan dengan kaum kafir yang cuba mengoyakkan keimanan mereka. Bahkan kaum musyrikin hampir hilang akal kerana rasa marah ketika melihat keluarga ini semakin tenang dan mantap, tidak gerun terhadap seksaan, tidak beranjak sedikit pun dari akidah mereka, malah tidak surut kesabaran mereka ketika dijemur di bawah terik matahari dalam keadaan kehausan. Ketegaran keluarga ini membuatkan kaum musyrikin kehairanan, bingung dan semakin berang. Mereka mengheret Ammar bersama kedua ibubapanya ke tengah-tengah padang pasir yang panas sepanasnya, agar mereka keluar dari Islam. Ironinya, keluarga sabar ini sentiasa bertambah keimanan mereka seiring dengan semakin pedihnya seksaan. Mereka semakin pasrah, terutamanya setelah mereka mendengarkan doa memohon pengampunan bagi diri mereka oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Salim Abul-Ja’d meriwayatkan, beliau berkata, “Utsman memanggil beberapa sahabat Rasulullah, di antaranya terdapat Ammar bin Yasir. Ustman berkata, ‘Aku akan menyampaikan kepada kalian hadis tentang Ammar. Aku bersama Rasulullah pergi ke Al-Bathha’ sehingga kami menemui Ammar berserta ibubapanya ketika kaum musyrikin menyeksa mereka. Yasir berkata kepada Rasulullah, “Apakah selamanya aku akan begini?”. Baginda bersabda, “Bersabarlah!”. Kemudian baginda bersabda, “Ya Allah, berilah ampunan kepada keluarga Yasir, kerana Engkau telah berbuat apa yang Engkau Perbuat” . [Ditakhrij oleh Ahmad]
PENENTANGAN SUMAYYAH
Kaum musyrikin Quraisy hampir tidak pernah menghentikan seksaan terhadap Sumayyah dan keluarganya. Selepas suaminya meninggal dunia akibat penyeksaan, Sumayyah semakin menentang dan memberikan reaksi keras terhadap Bani Al-Mughirah bin Abdullah bin Makhzum, yang dipelopori oleh Abu Jahal. Dia layaknya orang yang tidak waras dan tidak berperasaan ketika berhadapan dengan ketegaran Sumayyah mempertahankan akidahnya. Baginya, kedegilan Sumayyah ialah perlecehan terhadap dirinya. Sumayyah telah berjaya mencarik-carik kebesaran nama Abu Jahal di kalangan kaum musyrikin kerana kesabarannya terhadap kerasnya seksaan. Hati Abu Jahal hampir saja meledak kerana Sumayyah tidak mahu memperolok-olokkan dan mengeji nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, walau dengan hanya satu kata seperti yang dipaksakan Abu Jahal kepadanya.
Abu Jahal (semoga Allah menghinakannya), tidak membiarkan satu pun sarana untuk menghalangi manusia dari jalan Allah, melainkan dia akan menggunakannya. Dia tidak mendapatkan satu jalan pun untuk menekan orang-orang Mukmin, melainkan dia akan melaluinya. Ibnu Ishaq Rahimahullah, menyampaikan satu gambaran yang jelas tentang hal ini, dengan berkata,
“ Abu Jahal, orang jahat yang terperdaya di tengah-tengah kaum Quraisy, jika mendengar berita seseorang masuk Islam, dan orang itu adalah orang yang terpandang dan mendapat jaminan perlindungan,maka dia hanya akan mengingatkannya dan menegurnya dengan berkata, ‘Kau tinggalkan agama bapamu, padahal bapa-bapamu adalah lebih baik darimu. Kami benar-benar akan mengalahkan pendapatmu dan benar-benar akan menghinakan kehormatanmu.’
Jika yang dihadapinya adalah seorang pedagang, maka dia akan berkata 'Demi Tuhan, kami benar-benar akan membuatkan kamu rugi dalam perniagaanmu, dan kami benar-benar akan menghancurkan harta bendamu'. Jika yang dihadapinya adalah orang yang lemah, maka dia akan memukul dan menyeksanya semahu-mahunya. Semoga Allah melaknat dan memburukkannya”
SYAHIDAH PERTAMA
Sumayyah Radiallahu Anha adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya.
Setelah suaminya, Yasir meninggal dunia kerana penyeksaan yang sangat berat, Sumayyah Radiallahu Anha diserahkan pula oleh Abu Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu dapat menyeksa dengan segala cara yang diinginkannya disamping mengejek-ejek diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sejuta sumpah seranah dan umpat keji. Suatu petang, Abu Jahal bersikap keras kepada Sumyyah, kemudian berkata kepadanya, “Engkau tidak beriman kepada Muhammad melainkan kerana engkau tergila-gila kepada ketampanannya”.
Apa pula reaksi Sumayyah? Beliau memberikan jawapan yang tidak kalah kerasnya, lantaran kemarahannya yang tidak tertahan dengan tuduhan Abu Jahal itu. Keangkuhan Abu Jahal terbukti apabila beliau menikamkan tombak ke tubuh Sumayyah sehingga menyebabkan Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid, rohnya naik kepada Penciptanya dalam keadaan redha dan diredhai, kerana telah memberikan kesaksian tidak berbelahbagi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.
Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)
Ibnul Jauzy Rahimahullah berkata,” Dia adalah syahid pertama di dalam Islam. Semoga Allah redha kepadanya sebagaimana Allah membuatkannya redha”.
IBNU SUMAYYAH
Sumayyah, nama ini dan sahabiyah ini tetap hidup abadi menebarkan keharuman setelah mati syahid dan beruntung telah meraih keredhaan Allah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terbiasa memanggil anaknya Ammar, dengan sebutan “Ibnu Sumayyah”. Maka, tidak dapat lagi dimungkiri bahawa panggilan yang diberkahi ini merupakan penghormatan terhadap sahabiyah yang sabar dan baik ini. Panggilan itulah yang lebih sering meluncur dari lisan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mulia.
Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu pernah berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Jika manusia saling berselisih, maka Ibnu Sumayyah berada pada kebenaran”. (Kisah ini disebutkan di dalam Siyar A’lamin-Nubala, 1/415-416; Tarikhul Islam, Adz-Zahaby, 3/575)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga sering menyebutkan nama Sumayyah dengan keutamaan dan kebaikan. Sewaktu Perang Badar, baginda menyampaikan khabar gembira bagi “orang baik yang mendapat kebaikan”. (Julukan untuk Ammar, kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda kepadanya, ‘Selamat datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan’). Di dalamnya disebutkan juga nama Sumayyah. Peristiwa ini dikisahkan ketika musuh Allah, Abu Jahal terbunuh di dalam Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan Ammar dengan berkata “Allah telah membunuh orang yang membunuh ibumu”.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mendoakan untuk Sumayyah dan keluarganya dengan doa yang diberkahi ketika Ammar mendatangi Rasulullah mengadu seksaan yang dihadapi oleh ibubapanya termasuk dirinya sendiri. Beliau berkata, “Wahai Rasulullah, kami mendapatkan seksaan yang sangat keras”. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Bersabarlah wahai Abul Yaqzhan (julukan lain bagi Ammar). Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka” (Al-Isti’ab, 4/325; As-Sirah Al-Halabiyah, 1/484)
NISA’ MUBASSYARAT BIL JANNAH!
Inilah kisah sahabiyah yang sabar, yang disajikan sirahnya sebagai wanita yang teguh hati pada kebenaran dan keimanan, sehingga menjadi pelopor di dalam perjuangan Islam sepanjang zaman. Ibnu Abdil-Barr Rahimahullah memuji Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuklah orang yang diseksa kerana Allah, dan sabar di dalam menghadapi seksaan. Dia termasuklah wanita yang berbaiat, baik dan terutama” (Al-Isti’ab, 4/324)
Semoga Allah merahmati Sumayyah ibu Ammar, wanita dan orang pertama yang mati syahid di dalam Islam, ibu orang yang pertama membangun masjid dan digunakan untuk solat. Kesejahteraan bagi keluarga Yasir, kesejahteraan ke atas kalian kerana kesabaran kalian dan sesungguhnya kalian akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya.
“Terimalah khabar yang baik wahai keluarga Ammar, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga” (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang disampaikan oleh Ustman Al-Affan. Dipetik dari Thabaqat Ibnu Sa’ad, 3/249; Majma’ Az-Zawaid, 9/293; Tarikhul Islam Adz-Zahaby, 3/572)
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 111)
Sumayyah bintu Khubath Radiallahu Anha termasuk sejumlah wanita yang terawal menerima Islam dan bersegera memenuhi janji Allah serta membenarkan apa yang telah dijanjikan Allah kepada kaum Muslimin, sehingga beliau berhak mendapat khabar gembira sebagai orang yang dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita sebagai kaum muslimah akhir zaman? Semoga kisah ini menjadi obor penyuluh dan menyemarakkan lagi semangat kita dalam mendakwahkan agama Allah ini sehingga tiba janji Allah yang seterusnya, "akan berdiri semula kekhilafahan di atas manhaj kenabian" [HR Ahmad]

Isnin, 3 Mei 2010
Beribubapakan Babi...
Suatu katika, Nabi Musa bermunajat kepada Allah SWT di bukit Tursina. Lalu Nabi Musa bertanya : ”Wahai Tuhan, siapakah orangnya yang akan berjiran denganku di syurga kelak?”
Tidak lama kemudian, Allah SWT menurunkan wahyu, memberitahu siapakah orangnya dan di mana tempat tinggalnya.
Nabi Musa terlalu ingin menemui orang itu. Beliau pun memulakan perjalanan ke arah tempat yang disebutkan. Setelah puas bertanya-tanya, akhirnya sampailah dia ke rumah orang itu. Setelah memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tapi, yang agak menghairankannya, tuan rumah itu tidak terus melayaninya sebagai seorang tetamu. Sebaliknya ia terus masuk ke dalam biliknya.
Seketika kemudian dia keluar dengan mendukung seekor babi betina. Babi itu dimandikan, dicuci bersih-bersih, kemudian dilap hingga kering. Sambil mencium berkali-kali, ia membawa babi tersebut ke dalam semula. Tidak lama kemudian, ia keluar lagi tetapi kali ini dengan mendukung seekor babi jantan pula. Sepertiman dilakukan pada babi betina itu, dilakukan pula pada babi jantan tersebut. Setelah itu barulah dia pergi mendapatkan Nabi Musa.
"Wahai saudaraku, apakah agamamu?" tanya Nabi Musa kepadanya.
"Aku beragama tauhid (islam)."
"Mengapa kamu membela babi, sedangkan kita tidak boleh berbuat begitu?"
Sambil menundukkan wajahnya, orang itu berkata ;
"Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor babi itu adalah ibubapaku. Akan tetapi kerana mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT telah menukar keadaan mereka menjadi babi. Namun, bagiku itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT. Aku sebagai anak tetap akan melaksanakan kewajipanku terhadap kedua ibu bapaku," jelasnya dengan panjang lebar.
"Dalam pada itu, aku berdoa setiap hari ke hadrat Allah supaya mengampunkan dosa mereka, tetapi Allah masih belum mengkabulkannya."
Tidak lama kemudian, Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa ;
"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran denganmu di dalam syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Kami mengangkat maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh sebab dia anak yang soleh, Kami menerima rayuan hatinya selama ini. Sesungguhnya Kami telah menyediakan syurga untuk kedua ibu bapanya itu."
********************************************************************
DI MANAKAH ORANG TUA KITA???
Manusia semakin bergerak maju, selari dengan masa yang semakin bergarak pantas. Dimana-mana manusia mengejar kebahagiaan material, kononnya di situ ada ketenangan. Hingga manusia sanggup berbuat apa saja untuk itu. Itulah realiti manusia zaman kini.
Golongan muda berlumba-lumba sesama sendiri, untuk menjadi jaguh di penghujung perlumbaan. Hidup bagi mereka merupakan satu perjudian, bagi mengubah tradisi hidup di masa depan. Untuk membebaskan diri dari belenggu kemiskinan.
Namun dimanakah haluannya golongan tua, dalam mengharungi dekat yang mencabar ini?
Di banglokah mereka, sambil mengira duit kiriman anak-anak setiap bulan?
Di kampung halamankah mereka, sambil memberi makan kepada ayam itik, basah keringat di tengah sawah?
Di rumahkah mereka, sambil bermain dan bergurau senda dengan cucu cicit, penerus generasi mereka?
Di teratak tuakah mereka, sambil mengira hari-hari yang berlalu, menunggu penuh debar kepulangan si anak?
Siapakah yang dapat membaca rasa hati mereka , dapat menyelami di sebalik riak wajah yang semakin dimamah usia...
Hati mereka sepi, sayu...mereka ibarat Quran tua yang tidak dapat dimanfaatkan, tidak bolah dibuang begitu saja. Akhirnya, terperosok ia di tengah-tengah debu yang semakin menebal.
Mereka kesunyian, inginkan berteman. Namun anak-anak sering mengabaikan, silap-silap menjadi mangsa herdikan dan cacian. Lalu kemana lagi mereka, kalau bukan ke rumah orang-orang tua, tempat mengadu untung nasib. Di sana ada rakan-rakan yang senasib, sama-sama mengongsi masalah. Biarpun bosan dan jemu, setidak-tidaknya hilang derita lara mengenang anak yang tida tahu membalas budi. Inilah dilema orang tua diabad ini.
Mengapa orang tua boleh membela sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak tidak sanggup membela hanya seorang orang tua???

Langgan:
Catatan (Atom)