Isnin, 3 Mei 2010

Beribubapakan Babi...

Suatu katika, Nabi Musa bermunajat kepada Allah SWT di bukit Tursina. Lalu Nabi Musa bertanya : ”Wahai Tuhan, siapakah orangnya yang akan berjiran denganku di syurga kelak?”

Tidak lama kemudian, Allah SWT menurunkan wahyu, memberitahu siapakah orangnya dan di mana tempat tinggalnya.

Nabi Musa terlalu ingin menemui orang itu. Beliau pun memulakan perjalanan ke arah tempat yang disebutkan. Setelah puas bertanya-tanya, akhirnya sampailah dia ke rumah orang itu. Setelah memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tapi, yang agak menghairankannya, tuan rumah itu tidak terus melayaninya sebagai seorang tetamu. Sebaliknya ia terus masuk ke dalam biliknya.

Seketika kemudian dia keluar dengan mendukung seekor babi betina. Babi itu dimandikan, dicuci bersih-bersih, kemudian dilap hingga kering. Sambil mencium berkali-kali, ia membawa babi tersebut ke dalam semula. Tidak lama kemudian, ia keluar lagi tetapi kali ini dengan mendukung seekor babi jantan pula. Sepertiman dilakukan pada babi betina itu, dilakukan pula pada babi jantan tersebut. Setelah itu barulah dia pergi mendapatkan Nabi Musa.


"Wahai saudaraku, apakah agamamu?" tanya Nabi Musa kepadanya.
"Aku beragama tauhid (islam)."
"Mengapa kamu membela babi, sedangkan kita tidak boleh berbuat begitu?"
Sambil menundukkan wajahnya, orang itu berkata ;
"Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor babi itu adalah ibubapaku. Akan tetapi kerana mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT telah menukar keadaan mereka menjadi babi. Namun, bagiku itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT. Aku sebagai anak tetap akan melaksanakan kewajipanku terhadap kedua ibu bapaku," jelasnya dengan panjang lebar.
"Dalam pada itu, aku berdoa setiap hari ke hadrat Allah supaya mengampunkan dosa mereka, tetapi Allah masih belum mengkabulkannya."

Tidak lama kemudian, Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa ;
"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran denganmu di dalam syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Kami mengangkat maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh sebab dia anak yang soleh, Kami menerima rayuan hatinya selama ini. Sesungguhnya Kami telah menyediakan syurga untuk kedua ibu bapanya itu."




********************************************************************

DI MANAKAH ORANG TUA KITA???

Manusia semakin bergerak maju, selari dengan masa yang semakin bergarak pantas. Dimana-mana manusia mengejar kebahagiaan material, kononnya di situ ada ketenangan. Hingga manusia sanggup berbuat apa saja untuk itu. Itulah realiti manusia zaman kini.

Golongan muda berlumba-lumba sesama sendiri, untuk menjadi jaguh di penghujung perlumbaan. Hidup bagi mereka merupakan satu perjudian, bagi mengubah tradisi hidup di masa depan. Untuk membebaskan diri dari belenggu kemiskinan.

Namun dimanakah haluannya golongan tua, dalam mengharungi dekat yang mencabar ini?

Di banglokah mereka, sambil mengira duit kiriman anak-anak setiap bulan?
Di kampung halamankah mereka, sambil memberi makan kepada ayam itik, basah keringat di tengah sawah?
Di rumahkah mereka, sambil bermain dan bergurau senda dengan cucu cicit, penerus generasi mereka?
Di teratak tuakah mereka, sambil mengira hari-hari yang berlalu, menunggu penuh debar kepulangan si anak?

Siapakah yang dapat membaca rasa hati mereka , dapat menyelami di sebalik riak wajah yang semakin dimamah usia...

Hati mereka sepi, sayu...mereka ibarat Quran tua yang tidak dapat dimanfaatkan, tidak bolah dibuang begitu saja. Akhirnya, terperosok ia di tengah-tengah debu yang semakin menebal.

Mereka kesunyian, inginkan berteman. Namun anak-anak sering mengabaikan, silap-silap menjadi mangsa herdikan dan cacian. Lalu kemana lagi mereka, kalau bukan ke rumah orang-orang tua, tempat mengadu untung nasib. Di sana ada rakan-rakan yang senasib, sama-sama mengongsi masalah. Biarpun bosan dan jemu, setidak-tidaknya hilang derita lara mengenang anak yang tida tahu membalas budi. Inilah dilema orang tua diabad ini.

Mengapa orang tua boleh membela sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak tidak sanggup membela hanya seorang orang tua???


2 ulasan:

  1. Salam,
    Subhanallah...tanpa asbab ibubapa & tanpa izinNya, tiadalah kita di muka bumi ni.
    Kena syg & kasih pada ibubapa kerana ini adalah perintah Allah...

    Stiap kali slps solat perlu doa utk mereka spya Allah ampunkan dosa2 mereka.. sejahat @ seburuk manapun tingkah laku mereka, mereka tetap ibubapa kita..

    Wallahu alam.

    BalasPadam
  2. Wsalam, terima kasih sudi ziarah. Betul tu, buruk mcmmana pun,mereka ttp mkbpk kita. Sementara mereka masih hidup, berbakti le banyk2 kat mereka...sy sedih tengok mkbpk zmn sekrng n, benyak yg da tua2 anak2 buat tk peduli je, tk pyh tengok jauh2, kt depan rumh sy ni, ad sorang opah n, da tua bongkok dah, anak cucu wt tk peduli j kt dy, sedih tengok keadaan dy, dy selalu dtg kt umh sy mengadu, nmpaknya kiteorg adikbrdk le plk jd cucu dy...sy nk pesn kt korang sume,n diri sy sndiri,jgn le wt kt mkbpk cmtu, cube bygkn bile kite da tua nnt anak2 kita wt kt kita cmtu plk, ape perasaan kite?? so, sekali lg nk psn, smntara mrk msh hidup, berbakti le banyk2 yg termampu,jgn nnt depe da meninggl, baru nk menyesal... eh, dah terbebel pnjg le plk,hehe...ape2 pn, sy nk ucp bebanyak tima kasih le kt korang2 sume yg sudi dtg ziarah n follow blog sy yg tk best ni,hehe... bohot2 syukria...

    BalasPadam