Jumaat, 18 Jun 2010

Duhai Malam...




Duhai malam
aku rindu padamu
setiap hari kau hilang
muncul menutup siang
namun aku tak jemu merindu
pada sepi dan pada damainya hati
dengan kehadiranmu.

Duhai malam
kau pakaianku
kau memberiku ruang bertenang
dalam rintihanku kepada Tuhan
dalam titisan air mata
yang berderai bersama dosa.

Duhai malam
sejarah tak pernah meninggalkanmu
dalam setiap kisah orang bertakwa
mereka sentiasa jaga bersamamu
mereka tak pernah jemu merintih
di balik tiraimu.

Duhai malam
andai ini yang terakhir
saksikanlah bahawa aku menemanimu
bersama bait-bait kata yang kubaca
daripada kitab mulia
bersama tubuhku yang tak berdaya
mengadu mengharap rahmat yang Esa.

Duhai malam
di sebalikmu ada insan yang berdosa
di sebalikmu ada insan yang mengejar syurga
kadang aku tewas, kadang aku terjaga.
namun kau masih setia
bersama aturan-Nya

Duhai malam
kau datang dan pergi
jangan pernah lupa
bahawa aku sentiasa menantimu...


Di ambil dr : http://paksi.net/


*********************************

Dari Uthman bin Affan r.a berkata bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berkawal satu malam di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari seribu malam yang dihabiskan waktu malam itu dengan berdiri beribadat dan siangnya dihabisi dengan berpuasa. (HR Musnad Ahmad)

1 ulasan:

  1. aslmkm..

    Jazakillah.. sajak yg menyentuh hati.. Teringat kata2 azimat pensyarah ana di UKM dulu..

    Rebutlah dua rakaat solat,
    ketika berdiri di gelita malam,
    diam itu lebih berguna,
    walaupun engkau petah berkata2..

    BalasPadam