Khamis, 3 Jun 2010

Ya Rasullullah...




Wahai kekasih Allah!
Aku sering memberi salam kepadamu, dalam simpuh akhir solatku, dengan bunyinya, "Assalamualaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh." (Salam untukmu wahai Nabi dan rahmat Allah serta kesejahteraan-Nya) Tentu tuan telah menerima salam dan menjawabnya. Walaupun tuan sudah lama wafat, aku yakin tuan masih boleh mendengarnya. Allah SWT berfirman (maksudnya) : "Janganlah kamu menyangka orang2 yang mati di jalan Allah itu telah mati, sesungguhnya mereka itu hidup disisi Allah, tapi kamu tidak mengetahuinya."
Aku tahu tuan masih 'hidup' dan boleh 'mendengar'. Hidup hakiki yang bersifat barzakhi, yang labih sempurna daripada hidup duniawi.
Apa khabarmu wahai Rasulullah? Tuan tentu sedang menikmati kebahagiaan hakiki di sana. Alangkah beruntungnya hidup dan mati itu bagi tuan.


Wahai yang memiliki akhlak yang agung,
Aku sangat mengkagumi akhlak tuan yang agung.
Tuan terlalu baik, wahai Rasulullah. Aku menangis mengenangkan kebaikanmu yang terlalu itu, dan akhirnya aku jatuh hati kepadamu. Aku selalu ingat pada tuan dan sering memberi salam dan doa pada tuan. Tapi aku ragu, apakah ingatan daripada orang yang berakhlak buruk seperti aku akan mendapat balasan doa daripada tuan? Tuan tantu kanal aku, bukan? Salah seorang umatmu yang masih kasar dan keras dengan manusia. Aku selalu menyakiti orang. Selalu pula merendah2kan orang lain dan mengumpat mereka. Kotornya aku ini, wahai yang bersih dari dosa. Hati aku sangat terpaut dengan dunia. Aku selalu tangisi nikmat yang hilang.Tapi tidak pernah berdukacita dengan nikmat akhirat yang terbuang. Aku tidak senang melihat keistimewaan yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-Nya, dan sangat kurang aku mensyukuri nikmat yang dilimpahkan kepadaku.


Wahai insan yang berjasa,
Ingin sekali aku bertemu dengan tuan, walaupun cuma dalam mimpi. Tapi bagaimana mungkin aku bertemu kerana roh2 suci berada di alam yang tidak tembus oleh hati aku yang kotor ini. Lalu aku hanya boleh memujamu dari jauh. Setiap kali membaca ayat tentangmu :
"Telah datang kepadamu seorang Rasul daripada golongan kamu, (dia merasa) sangat susah dengan kesusahanmu dan sangat mengingini keselamatan bagimu dan sangat penyayang kepada orang2 mukmin." Hati ini bagai terpecah2 karana keharuan dan kerinduan. Bila agaknya aku akan peroleh hati yang begitu mulia agar aku dapat bersama2 dengan orang yang sangat dekat dihatiku?


Ya Rasulullah,
Perjuanganmu begitu benar dan mulia. Dan pengorbananmu demikian besarnya. Jasamu mengirim Islam dan iman kepada umat pasti tidak terbalas oleh umatmu. Hasil perjuanganmu telah menyelamatkan manusia daripada derita hidup dunia dan akhirat. Dengan apa hendak dihitung pemberian yang besar itu? Aku cuma mampu berjanji untuk mengikut jejek langkahmu, wahai Nabi. Itulah barangkali yang tuan pinta daripada umat ini. Yakni hidup dan mati dalam memperjuangkan sunnahmu. Itulah bukti cinta yang hakiki.
Tapi tuan, alangkah susahnya mendidik nafsu yang sudah terlalu jahat akibat diperturutkan selama ini. Yang telah lama dididik oleh sistem sekular. Layakkah orang yang bernafsu ammarah seperti aku ini meyartai pasukan orang2 tuan, memperjuangkan sunnah Rasul di akhir zaman ini? Bagaimana boleh aku baiki orang lain kalau diri aku pun tidak mampu aku ubah? Setahu aku perjuangan yang tidak bermula daripada diri tidak akan memberi apa-apa hasil. Jadi apa yang boleh aku buat sekarang ini? Sedangkan semangat perjuangan berkobar-kobar membakar hati. Tidakkah aku akan termasuk didalam golongan hamba-hamba yang akan diazab kerana mengatakan apa yang tidak dikota?


Wahai junjunganku,
Kiranya tuan mengetahui dan mengerti apa yang aku tuliskan ini, tantu tuan bersedia menolongku. Semoga tuan sudi mengaminkan, setiap kali aku berdoa dan menadah tangan memohon apa2 yang aku sangat perlukan kini. Doa tuan sangat dimakbulkan oleh Allah SWT. Dan semoga tuan barmurah hati memberikan syafaat tuan nanti ketika azab Mahsyar dan Neraka menyambarku. Maafkanlah aku kerana bercakap-cakap dengan tuan. Sebenarnya mulut, tangan dan hati yang bersalut dengan dosa ini tidak layak untuk mengadap tuan. Maafkan sekali lagi, wahai Nabi! Inilah salawat dan salam untukmu :
YaAllah, kurniakanlah kebahagiaan da kesejahteraan, kepada cahaya bagi segala cahaya,dan rahsia bagi segala rahsia,dan ubat bagi segala penyakit, dan anak kunci bagi pintu kesenangan, iaitu penghulu kami Muhammad yang terpilih, dan keluarganya yang bersih, dan sahabat-sahabatnya yang banyak membuat kebajikan, kurniakanlah kepada mereka yang tersebut itu sebanyak bilangan nikmat-Mu dan kelebihan-Mu.


Daripada :
Umatmu yang dhaif





1 ulasan:

  1. izin Hamba copy... isi nya sama seperti isi hati hamba... Allahuakahbar

    BalasPadam