Jumaat, 2 April 2010

Jangan Lakukan 20 Perkara Ini..

20 JANGAN!!!
  • Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka,kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai selipar,takut kalau-kalau terbawa keluar najis mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum di dalam bekas yang sumbing.Makruh dan ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang digunakan tidak berbasuh.Makruh dan ia mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat subuh,nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  • Jangan makan tanpa membaca bismillah dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa berniat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai selipar atau sepatu yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kapapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di jalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan bergaul bebas di tempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa,kerana mati boleh datng bila-bila masa.
  • Jangan ego maminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang dah kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang kebahagaan.
  • Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombing apabila berjaya,kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah,kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafiq dan menghilankan kasih orang kepada kita.
  • Jangan banyak ketawa,nanti mati jiwa.
  • Jangan suka menganiaya manusai dan haiwan.Doa makhluk yang terinaya cepat dimakbulkan oleh Allah.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan pertikaikan mengapa islam itu berkata JANGAN ,sebab semuanya untuk keselamatan kita...Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya............


***************

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang istiqamah bersembahyang 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga. (12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh. (HR Nasa’i)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan