Jumaat, 2 April 2010

Bahaya kekenyangan..


Barang siapa yang kekenyangan
maka akan banyak dagingnya


Barang siapa yang banyak dagingnya
maka kuat nafsu syahwatnya
(banyak barlapar akan memadamkan nafsu syahwat)


Barang siapa yang kuat nafsu syahwatnya
maka akan banyak dosanya
(kerana menghalang ia daripada beribadat kepada Allah)


Barang siapa yang banyak dosanya
maka akan keras hatinya
(tidak mahu menerima nasihat)


Barang siapa yang keras hatinya
maka ia akan tenggelam dalam
bahaya dunia dengan segala macam
perhiasannya.....



**************

Dari Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Yang paling aku takutkan terhadap ummatku ialah si munafiq (orang fasiq yang riya’) yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal). (HR Baihaqi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan