Hari ini sebelum kita mengatakan
kata-kata yang tidak baik
fikirlah tentang seseorang yang
tidak dapat berkata-kata
sama sekali...
Sebelum kita mengeluh tentang
rasa dari makanan
fikirlah tentang seseorang yang
tidak punya apa pun
untuk dimakan...
Sebelum anda mengeluh tidak
punya apa-apa
fikirlah tentang seseorang yang
meminta-minta di jalanan...
Sebelum kita mengeluh
bahawa kita buruk
fikirlah tentang seseorang yang
berada pada keadaan yang
terburuk dalam hidupnya...
Hari ini sebelum kita mengeluh
tentang hidup
fikirlah tentang seseorang yang
meninggal terlalu cepat...
Sebelum kita menuding jari
dan menyalahkan orang lain
ingatlah bahawa tidak ada seorang
pun yang tidak berdosa...
Dan ketika kita sedang bersedih
dan hidup dalam kesusahan
tersenyum dan berterima kasaihlah
kepada ALLAH s.w.t bahawa
kita masih HIDUP....
*************
Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan