Ni aku copy paste dari blog HowTo.Com... Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat, terutamanya orang laki...
Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak
peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.
Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra,
tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan
pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada
lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan
rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai
ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah
kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu
diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan
cubalah amalkan setakat yang termampu...
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok
kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan
macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa
boleh kontrol kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
sayur dan sebagainya.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan
perempuan kedekut!).
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri
anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya
laku bila dah mati nanti.
21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,
anda juga yang rugi!
Semoga para suami semua berlapang dada dan dengan hati
yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga kita
dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.
Tips Untuk Jadi Suami Romantik
Saya pernah bertanya kepada seorang kawan perempuan saya, apakah ciri yang ada
pada lelaki yang paling disukainya?
Lantas dengan spontan dia jawab, “ROMANTIK“. Menurutnya lelaki yang romantik
biasanya lebih mudah bertolak ansur dan lebih penyayang.
Betul ker begitu? Anda bersetuju dengan kenyataannya?
Hmmm…bagi saya yang kurang romantik ini, pastinya agak kurang bersetuju. Namun,
saya terpaksa akui, ada benarnya juga.
Apa2pun, sikap ROMANTIK seorang suami pada isterinya adalah sangat digalakkan
dalam Islam. Romantik menyuburkan kasih sayang.
Suami yang tidak romantik, sebenarnya boleh belajar jadi romantik.
Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah
manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh
diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.
Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah ;
1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada
setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami
semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum
tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”.
Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si
isteri dan si suami.
2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri
anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan
kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih
bertenaga dan bersemangat.
3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik. Setiap
perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar.
Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif
dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan
menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.
4. Panggi isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh
menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling”
dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.
5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau.
Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.
6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai
diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi
bila dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri
ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish
ish...
Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh sang suami dalam membentuk diri
menjadi suami yang lebih romantik. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh
dilakukan, namun cukuplah dulu 6 perkara ini. Yang penting, amalkan. Bukan hanya
sekadar baca sebagai rekreasi minda.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan