Isnin, 19 April 2010

LAKI vs PEMPUAN

Banyak Untung kalau Kenal Lelaki

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan
tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang
dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan
anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan
begitu untuk meraih simpati.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama
getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.
Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang
tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat
memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum
mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah,
cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza
wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau
lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula
jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan
anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang
ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk
kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurn akan lengkap-melengkapi. Semua
kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan
dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda
para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan
cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau
sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula
mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan
keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat
menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa
yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua
pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia
yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama
daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan
apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta
maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi
arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri
dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di
hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita
namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma
mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran
anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.
Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya
katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?



Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki
yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi
Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan.
Perempuan yang gagah adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada
Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan