Jumaat, 2 April 2010

Kata-kata hikmah

Assalamualaikum...ini ada beberapa kata-kata hikmah yang ana dapat kongsi bersama, ana ambil dari internet dan dari buku-buku lainnya.....


  • Kecantikan yang abadai terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)

  • Yang meninggikan seseorang ialah adab dan akalnya. Bukan asal keturunannya. (Aristotle)

  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle)

  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bermahkotakan ratna dan mutu manikam. (Budiman)

  • Kata yang lemah dan beradab dapat melembutkankan hati dan manusia yang keras. (Hamka)

  • Bertambah kuat kepercayaan pada agama, bertambah tinggi darjatnya didalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya. (Hamka)

  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu,untuk membersihkan jiwa,hendaklah bergaul dengan orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka)

  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan berhati mulia. (Imam Al-Ghazali)

  • Orang yang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka)

  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

  • Belajarlah berdiri sebelum cuba untuk berlari.

  • Hidup umpama aiskrim,nikmatilah ia sebelum cair.

  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Mamberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia daripada memberi dengan banyak tetapi diiringi dengan riak.

  • Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

  • Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu,tetapi ilmu sebaliknya akan berkembang jika ianya digunakan.

  • Jadilah dirimu pohon yang rendang,dimana insan dapat berteduh. Jangan jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

  • Hiduplah seperti lilin yang menerangi orang lain. Jangan hidup seperti duri ,mencucuk diri dan menyakitkan orang lain.

  • Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu. Manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya, tetapi hati orang yang bijaksana berada di hatinya.

  • Setitik air itu boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik.

  • Paip yang kosong akan menghembuskan angin, jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.

  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita.

  • Tingkah laku adalah seumpama cermin dimana setiap orang mempamerkan emejnya.

  • Lihatlah sekelilingmu dan teguhkanlah pendirianmu. Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan. Senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan...jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan...buat sempadan.

  • Jangan mudah berbangga dengan pujian teman kerana disebalik pujian terdapat satu kejian.

  • Perkataan yang lemah lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu-batu, dan perkataan yang keras itu akan mengeraskan hati yang lebih halus dari sutera.

  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang membusukkan daging.

  • Kemuncak segala dosa ialah berbohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.

  • Jangan malu mamberi sedikit kerana memberi sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

  • Orang sebuk sebenarnya tidak cekap dan orang cekap pula tidak sebuk.

  • Tiada bantal yang lebih ringan melainkan ribaan ibu sendiri.

  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.

  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat untung dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.

  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang mengganggu perasaannya ialah dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil.

  • Hormat diri itu adalah satu pernyataan syukur seseorang hamba pada TUHAN-nya, sedangkan kutuk-kutuk diri, memang tak sedar diri.

  • Yang lemah bukannya badan tapi hati, yang kuat pun bukannya badan tapi hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan