Jumaat, 2 April 2010

Seketul Keju dan Sehelai Tuala Kecil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah s.a.w dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poketnya. Dari raut wajahnya, anak gadis itu sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah s.a.w menegurnya,
"Wahai anakku,kenapa wajahmu menampakkan kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang itu menceritakan apa yang berlaku kepadanya.
"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini."

"Jika tidak keberatan, ceritakanlah mimpi kamu itu wahai anakku."
Rasulullah s.a.w mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut..."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya sungguh menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga dan kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya kepada ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan sepanjang hayat ibuku dia seorang yang patuh pada ajaran islam dan taat kepada suami?
Lantas ibuku memberitahu dia adalah seorang yang bakhil. Hanya dua benda itu sahaja (keju dan sehelai tuala kecil) yang pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lain hanya untuk barmuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus berlari ke syurga untuk menemui ayahku. Disebabkan terkenal dengan sikapnya yang dermawan dan kuat beramal, ayahku menikmati makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi dangan penghuni syurga yang lain. Lalu aku bertanya kepada ayahku..."Wahai ayahku, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantunya? Lalu dijawab oleh ayahku..."Kami tidak boleh memberi setitik air pun kerana Allah ingin membalas kebakhilan mereka di dunia."

Oleh kerana terlalu kesihan, aku menceduk air dengan tangan kanan lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air itu mencecah bibir ibuku, api neraka menyambar tanganku. Seketika itu juga aku tersedar dan mendepati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa dengan engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah s.a.w kemudiannya meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis itu. Lalu Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah memohon petunjuk. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut benar maka sembuhkanlah tangannya supaya menjadi iktibar kepadanya dan kepada semua umat islam.
Dengan kuasaNya, tangan gadis tersebut sembuh lalu Rasulullah s.a.w berkata, "Wahai anakku, pulanglah dan banyakkanlah bersedekah dan berzikir kemudian pahalanya, kau berilah kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun." INSYA-ALLAH.


***************

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu dari dirimu) dan engkau terus harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari syurga. (HR Ibnu Majah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan