Isnin, 5 April 2010

Siapakah Kita?


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan penghidupan itu iaitu Allah Rabbul Alamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di langit dan di bumi kepada Tuhan-nya kecuali kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang mati hatinya adalah orang yang telah diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun tidak merasa apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya, tapi tidak sedikitpun ada kebencian di dalam hatinya terhadap kemaksiatan tersebut.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membacakan salawat kepada junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak di endahkannya.

Siapakah orang yang sebuk?

Orang yang sebuk adalah orang yang orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata ; "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun" Sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan -Mu" sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?

Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang yang bersendiri lalu mengingati kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?

yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang Akhirat itu kekal selamanya.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama ketika ia sedang haid dan kedua ketika tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang telah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah yang selalu ditipu?

Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu hanya berlaku pada orang tua sahaja.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang mulia.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati mambawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di luaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tanpa membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya disempitkan.

Siapakah orang yang berakal?

Orang yang berakal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan